roxychick's: to whine & be frank. almost.

Monday, August 17, 2009

and the boys...

tengok mtv kat bawah ni dulu...


ella's puisi hamba from her latest album, ella - greatest hits.

yang main lead gitar pakai adidas hooded sweater tu kawan baik incek suami. sorang lagi tu, yang main bass tu, adik kawan baik incek suami. yang adik dia tu comel je masa aku first jumpa dia, like... 8,9 tahun yang lepas. mungkin pernah jadi crush adik aku, si billa tu. err.. actually aku tak ingat sapa crush kat sapa.. haha.

*flashback! flashback!*
masa aku selalu teman incek suami (masa tu gf-bf lagi laa) pegi main futsal, si billa pon sibuk nak ikut sebab adik dia pon mesti ada sama main futsal. masa pegi jamming pon sama, billa sibuk nak ikut gak (aku pegi sebab masa tu aku hebat, ada kereta, incek suami ada motor je, mana larat nak angkut amp dengan gitar naik motor kan... ok. tak. sebenarnya aku pon sibuk nak menyibuk. aku perasan aku roadie band dorang.. tapi bab kereta tu betul la..) padahal masa tu nak spm budak berdua nih. tapi dia ikut jugak, gagahkan mata sampai pukul 2,3 pagi sebab lepas jamming lepak kat ravi's, minum, pastu dorang berdua would babbled about.. school subjects? oh. oh. dorang pon penah keluar berdua pegi lepak kat sunway pyramid. tapi dating yang keluar waktu pagi balik tengahari la.. lepas spm tak silap aku. haha. very the adolescent.
*end of flashback*

wah. dah jadi mtv material nampak? tapi dia memang boleh main bass dengan hebat sekali.

sama la macam abang dia, si pemain gitar tu. he's involved in ella's album as the producer. and this song was composed by him. hebat la. ella tu, diva rock! i don't know if adik dia pon involved sebagai band pengiring bila buat show ke hape ke, but i'm guessing, he's just a model for this mtv la kan. zaman ella & the boys sangat. ha.

tapi adik dia memang handsome la. tall and bagak gila!
lama tak jumpa dorang nih.. oh. nama kawan baik incek suami tu adalah amir and adik dia kerol aka aoun.

btw, selain daripada bulan ogos bulan kemerdekaan, ogos juga merupakan bulan birthday untuk beberapa individu penting dalam hidup aku. puteri myia sarah aka si sup bunjut (11 ogos), mister mama yang tough banget (16 ogos, semalam) and meor mirzaeskandar aka zaes aka ek ek, coming soon in theatres near you, 18 ogos. tak penah lagi aku miss entry pasal dorang ni, but disebabkan banyak halangan, maka terpaksa la postpone them entries. maybe i'll compile them into one post.

ya. positif. tunggu lepas settle kerja ofis birthday ek ek yah!

Labels: , , , ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home