roxychick's: to whine & be frank. almost.

Wednesday, October 07, 2009

metaphorically, it's savvy vs bmw.

percubaan memblog menggunakan kombinasi handphone + wi-fi di ruang tamu sebentar tadi menemui kegagalan. entah. sama ada phone gua ni memang cikai ataupon wi-fi yang macam bengong.

tapi la, i rasa phone i yang cikai. tak sehebat iphone eventho phone i ni touch screen gak. tsk. tsk. sedih bila fikir pasal iphone yang dah menemui pasaran malaysia secara rasminya tu. sebab i tak sanggup nak habiskan duit sebanyak tu. with that kinda amount, tambah sket lagi, baik i beli macbook kan. tapi masalahnya sekarang, nak mengiyakan kehadiran macbook tu pon payah gak. tak tau la bila boleh direalisasikan.

ow well.

anyway, hari ni kecoh sket. tadi masuk fb... oh. jangan risau. i takkan racun korang pasal cafe world lagi. cukup la entry semalam. nanti cik kening terkerat sebelah tu meroyan lagi kat sini. heh.

haa.. tadi masuk fb, a status of one of my friends tu, menarik minat seketika. dan agak terbeliak jugak la bijik mata bila tengok tu! cerita darah daging sendiri yang sanggup tikam dari belakang la. kesian dia. rupanya dah banyak dia berdiam diri walaupon sedara dia tu asyik mengutuk, memperlekehkan dia kat orang lain.

before i story lebih, let's label them shall we?

my friend tu, i nak panggil dia... savvy... and sedara dia tu.. kita panggil.. errmmm.. ok ok.. bmw. ha.. ada beza tak kat situ? savvy yang kerdil, local dan humble and bmw yang gah, international and a lil over the top.

suatu ketika dulu, dorang ni memang la sedara yang akrab dan sama-sama mengusahakan perniagaan menjual kacang tanah bersama-sama. memang terserlah yang antara kedua tu, bmw ada lebih sket la sebab dia suka melihat perniagaan dia dari pelbagai sudut dan cuba menjadi kreatif. dia pandai buat pr, marketing, sehingga orang yang tak suka makan kacang tanah macam i ni, pon jadi suka and berusaha untuk beli kacang tanah yang dijual oleh dorang walaupon terpaksa berbelanja lebih sket. habis jugak la duit bonus i masa tu. tah. kacang tanah lain pr & marketing tak gah macam yang dorang ni jual, tu yang i beriya sangat nak beli tu. memang rasa best sangat bila dapat beli kacang tanah yang dorang jual tu! bangga tak terkata bila ada orang puji i bila tengok kat rumah i ada kacang tanah tu...

nak dipendekkan cerita, after beberapa tahun dorang bersama, si bmw ni dah macam dagu lebih tinggi dari dahi la. yela.. konon dia sorang je yang berusaha untuk tingkatkan perniagaan dorang, orang lain tak berusaha sangat. dari keja berdua, dia dah ada pekerja yang boleh membantu, tapi masih rasa cara kerja dorang tu tak sehebat cara dia..

i pon tak tau apa yang berlaku, dengar-dengar je, si savvy membuat keputusan untuk mencari haluan sendiri setelah merasa diri dia diperlekehkan oleh sedara dia si bmw tadi tu. so, dia pon keluar secara baik walaupon si bmw ada sikit risau la if savvy memburuk-burukkan dia nanti...

lepas savvy & bmw masing2 berkahwin, perniagaan yg diusahakan bmw makin maju. maka bertambah over the top la dia.. di uar-uarkan kat official blog tentang kehebatan kacang tanah dia yang menjadi rebutan ramai, locally & internationally. i pon masih lagi mengikuti perkembangan dorang walaupon dah tak perlu beli kacang tanah dorang tu lagi sebab minat cara dorang bekerja & cara dorang mempelbagaikan aspek perniagaan. i pon heran la jugak kenapa savvy lama menyepi sebab masa tu i tak tau pon savvy dah tak kerja sama-sama dengan bmw.

bila i jumpa savvy & bmw kat fb, i pon add dorang. tiap kali if savvy online, status dia berubah-ubah. ada baur kemarahan tapi i tak pasti to whom. dengan partner dia pon, i jadi kawan jugak eventho tak penah bersua muka. status dan blog partner dia pon selalu gak la cerita berbaur yang sama. bmw lak, semakin hari bila baca kat blog or status, mesti ada yang macam melatah la, tak puas hati la.. tapi yang pasti baur riak mesti ada walau sedikit.

mula-mula i kurang percaya dengan cakap-cakap orang tentang apa yang jadi antara dorang and pasal perangai bmw yang semakin di awang-awangan tu. tapi, bila dah terjadi dekat seseorang yang rapat di hati dengan i, i pon terus la hilang respect dekat bmw ni.

sampai la hari ni, bila lava meledak kat fb savvy and selamba je mention pasal perangai busuk bmw kat status dia, tu yang terus i tanya apa yang jadi. dan as we all know, sedara darah daging dia si bmw ni, dah pegi fitnahkan savvy & partner dia kat ramai orang. termasuklah future client savvy. ala. bmw ni sudah paranoid la.. ingat savvy akan buruk-burukkan dia padahal orang tu dok diam je buat keja sendiri jaga kehidupan sendiri yang bakal diserikan dengan kehadiran cahaya mata tak lama lagi.

tapi bila dah over the limit, sapa boleh tahankan? memang la bila dia kenangkan sedara darah daging, taknak la dia burukkan lagi keadaan. tapi kalau sampai dah bab-bab hantar email ugut segala bagai... memang dah lebih la.. aiseh...

dengarnya sekarang bmw dah putuskan hubungan kekeluargaan dengan savvy, siap warning, tak bagi dorang contact partner atau anak dia sekali pon...

hmm.. tu la pelik kan. i pon tak paham dengan orang camni. kenapa la dia sanggup buat camtu kat darah daging sendiri? just because you're on top, patutnya jangan la riak lebih sampai sanggup putus sedara. dah la kehidupan savvy tu sederhana je, tak riak, tak susahkan orang. si bmw yang sah-sah la memang kaya-raya, mewah, kawen pon dengan anak vvip ni patutnya tak yah la kacau kehidupan sedara dia yang jauh beza tu. dok diam-diam sudah...

dek kerana nak mengaburi mata fanatics kacang tanah dia tu, bmw ni ada gak la dok cerita kat blog pasal dia ada sponsor satu rumah kebajikan tu. tiap kali mention pasal amal yang dia buat. tapi tak guna jugak la kan beramal jariah segala if dengan sedara darah daging u sendiri u buat macam sampah, pahala sume tak sampai kat you ok?!

not my intention to menjatuhkan sesiapa but i nak korang, my readers yang budiman, ambil cerita ni sebagai iktibar. jangan riak sangat dalam melakukan or mengusahakan sesuatu perkara. Allah tu maha adil. Dia sentiasa nak duga kita and in bmw's case, dia diduga oleh harta kekayaan dunia. sekejap Dia bagi, sekejap jugak la Dia tarik balik nanti.

cerita ni pon sebagai iktibar untuk i. and a lil note for incek suami jugak. yela. dia kan ada side business. and alhamdulillah, makin lama dia makin diterima. pujian pon ada la seketul dua. i selalu berdoa kat Allah yang dia dihindari dari perkara-perkara riak, takbur, sombong & bongkak and jangan la dia leka diulit pujian yang takat kat celah gigi, guna toothpick je dah hilang dah... ehem.

oklah. i guess sume orang pon lalui perkara-perkara camni dalam hidup mereka. and i pon tak dikecualikan. i always pray that Allah akan sentiasa lindungi i, family i dari perkara-perkara yang tak baik camni.

siapakah? siapakah..?
*takyah la korang nak tanya sapa savvy & bmw tu yeh...*

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home