kisah isteri mithali.
panas sungguh malam tu. dengan bau asap benda terbakar yang tah datang dari mana tah, suri memaksa matanya untuk pejam sebab esok hari kerja.sekejap-sekejap kalih ke kiri ke kanan. sekejap-sekejap ditekupnya bantal ke telinga.
"isk. memang takleh tido la malam ni.." keluh hatinya.
tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. missed call. dilihat pada skrin telefon bimbitnya itu.
"oh, abang bidin dah sampai la tu.."
suri bingkas bangun sambil mengikat rambutnya yang panjang berjurai itu kemas-kemas. dibuka pintu biliknya sambil jari jemari memetik suis lampu pada tangga. suri menuruni anak tangga dengan cermat sambil memegang kunci rumah. terdengar bunyi kereta masuk ke perkarangan porch rumah mereka.
suri sempat mengerling kepada jam dinding. 12.15 malam. tangannya terus memulas tombol pintu utama dan dapat dilihat kelibat tubuh bidin menuju ke arahnya.
suri tersenyum melihat susuk letih suaminya. bidin lantas membalas senyuman suri dengan ucapan salam.
"anak dah tido, suri?" tanya bidin ketika melangkah masuk ke rumah.
"dah bang. abang dah makan?" tanya suri sambil menutup pintu utama.
"belum." pendek saja jawapan bidin.
bidin melangkah ke arah meja makan. suri menekan suis lampu di meja makan sambil tangannya pantas mengangkat tudung saji. bidin meninjau hidangan di atas meja. ada lamb chop (dengan pilihan 3 sos; black pepper, mushroom sauce atau brown sauce), ada corn cobs, potato salad. siap ada appetizer lagi tu, buffalo wings.
"maaf lah bang. suri masak sikit je hari ni. ermmm.. abang nak minum apa?"
"milo ais tabur."
laju saja suri ke dapur dan beberapa minit kemudian suri keluar dengan menatang segelas besar milo ais tabur. bidin tersenyum melihat minuman kegemarannya itu sambil tangannya ligat memotong kecil-kecil lamb chop with black pepper sauce nya tu.
suri tersenyum puas kerana dia tau dia boleh tidur dengan lena selepas ni.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home