semalam, hari ini, esok, lusa, tulat...
minggu ni mesti tak best.saya dapat rasakannya.
isnin hari tu, jiran saya kat ofis ni dah ala-ala takde suara dah. garau je.
dia sakit dari hari sabtu katanya. dia sakit sebab seisi keluarga dia sakit.
so, the virus tu macam jumping from one to another la.
dia pulak tu nak mulakan minggu detoks dia.
(tapi saya dah cakap kat dia, if sakit takyah la nak detoks-detoks ni... tapi dia jitu.)
jenuh kitorg ramai-ramai cari pisang untuk dia makan masa lunch.
nak support punya pasal la ni.
hari selasa dia mc. takpela dia mc. bagus untuk dia berehat seketika.
asyik kerjaaaa memanjang.
(pagi tu dapat sms dari dia. doktor dah pangkah minggu detoks dia.
dahla dia asthmatic. mana boleh sekadar makan buahan je... tula.. saya dah cakap..)
hari ini dia masuk kerja. pakai baju warna ceria.
dia tak ok lagi, tapi datang kerja jugak sebab bebanan kerja yang melampaui batas.
dia kena siapkan semua.. (yela, dia sorang je buat kerja tu kat sini. dia takde assistant atau
sesiapa. takde. boss dan senior dia dah kena vss tahun lepas.)
tadi ada la benda yang menyentapkan dia (hal kerja la..)
terus dia cakap macam nak berenti kerja laa ni jugak! isk. saya cuba la nak borak-borak dengan dia. tapi dia jawab sekadar mengangguk atau menggeleng je. adalah jugak bersuara, tapi tanya 5 patah, jawab setengah patah la kan..
walaupon lagu-lagu dari iTunes dia galak berkumandang, kadang-kadang lagu winehouse la, lagu genre broadway la, apa la.. tapi if tak berborak atau bergossipan dengan dia seharian, memang macam ada tak kena. memang la betul dia busy teramat + sakit tekak segala, tapi saya rasa macam dia menyampah nak berborak apatah lagi membuat lawak geli mat dia tu.
dahla tadi ugut nak carik keja lain (walaupon adakalanya kitorang encourage dia pegi je ganti dj2 tah apa2 kat radio sekarang nih sbb kitorg tau akan kelunakan suaranya serta kepetahan dia berkomunikasi) tapi tu la.. kitorang tak sanggup la nak hilang sorang lagi associate yang best macam dia nih..
dia senyap dah berhari ni pon cukup buat saya paranoid, gundah gulana.
harap-harap dia ok la esok lusa nih...
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home