roxychick's: to whine & be frank. almost.

Monday, May 12, 2008

what's on your mind...?

dia membelek-belek skrin telefon bimbit m-mobile nya itu berkali-kali. tiap kali membelek, dia pasti tersenyum sendiri. kadangkala, mukanya bertukar sayu. selepas itu, dia akan termenung sendiri. ada riak kesal yang tak sudah di wajahnya. dan sesekali, matanya berkaca.

dicapainya kembali telefon bimbitnya. dia menekan butang-butang yang tertera, sekali-sekala dia berhenti menala dan meneliti. senyum lagi. sedikit muram.

"dah besar agaknya budak-budak ni..", detik hatinya.

"mesti dah boleh jalan. yang sorang ni mesti makin nakal.. hai cucu-cucu atuk nih...", hati kecilnya mengeluh sendirian.

lelaki yang kelihatannya seperti sudah berusia lebih dari separuh abad itu menelek kembali skrin telefonnya. pada skrin itu terlihat gambar anak-anak kecil yang dipanggil cucu itu. ada yang gambar berdua dengan seorang budak perempuan, yang mungkin usianya lebih 3,4 tahun dari anak kecil itu, ada yang berseorangan sahaja.. dalam kesemua gambar-gambar itu, mereka tersenyum gembira, termasuklah anak-anak kecil itu, yang walaupun kecil, tapi nampaknya sudah pandai senyum sakan di depan kamera (telefon bimbit).

lelaki itu bangun dari tempat duduk di bus stand itu, sambil membimbit tote bag hitam berlogo MSAM (tahun bila tah). telefon bimbit itu disimpannya kembali di dalam poket seluar hitamnya sambil menanti dengan penuh sabar bas rapid kl itu untuk berhenti di depannya.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home