roxychick's: to whine & be frank. almost.

Wednesday, December 21, 2005

of being selfless.

saya baru sahaja selesai membaca dan melawati beberapa blog artis tempatan dan kawan2.. dan ternyata.. mereka akan menulis di dalam bahasa melayu jika mereka berada dalam keadaan marah atau tidak puas hati dan saya rasa saya adalah salah seorang daripada mereka.

adakah ini satu trend atau kebetulan? saya kurang pasti.
tetapi yang nyatanya, saya sedang marah bercampur geram, tidak puas hati dan rasanya ingin saja saya memasukkan kepala orang-orang yang saya marahkan itu ke lubang jamban tandas awam dekat chow kit itu.

kenapa? anda mungkin bertanya..

sebab saya akan mengambil cuti untuk beberapa hari sebelum berlabuhnya tirai 2005 supaya cuti saya pada tahun ini tidak dimansuhkan begitu saja. tidakkah itu satu kerugian yang besar jika saya tidak menggunakannya? jadi, pada ketika saya merancang percutian saya, saya disentapkan dengan kemungkinan saya kena bekerja pada salah satu hari cuti saya itu.

ini adalah kerana para staf di bahagian pemasaran telah memutuskan untuk memberi taklimat mengenai tugasan brosur yang seterusnya pada salah satu dari hari cuti tersebut. dan ini telah mendatangkan kemarahan yang teramat sangat di dalam diri ini!

mereka ini sememangnya mementingkan diri sendiri. saya katakan begitu kerana mereka ingin menikmati percutian yang panjang sehingga tahun hadapan dan disebabkan itulah mereka perlu menyiapkan tugas-tugas mereka sebelum pergi bercuti. mereka tidak pedulikan tentang orang lain!

bayangkan ya, saudara saudari sekalian... pada cuti hari raya yang lepas, saya mengorbankan cuti saya demi menyiapkan tugasan brosur yang lepas. saya masih datang ke pejabat sehari sebelum hari raya dan kembali bertugas pada hari raya yang ke-5. pada bulan ramadhan yang lalu, saya bekerja sehingga lewat malam setiap hari dan tidak ketinggalan setiap hari sabtu dan ahad juga.

dan kini, ia terjadi sekali lagi! saya terpaksa mengorbankan kepentingan diri demi untuk menyenangkan hidup orang lain...

hidup ini kadangkala sungguh tidak adil!

dan oh... sepupu saya, ati hamzah, akan melangsungkan pertunangannya pada hari natal ini. dan pada hari yang sama juga adalah hari jadi sepupu saya yang seorang lagi, miya mustafa, bapa saudara saya, iaitu adik kepada bapa saya yang berada nun di washington, shahrin aljamalulail dan seorang ibu saudara saya, iaitu kakak kepada ibu saya, khatijah hassan.


saya mengharapkan hujung minggu yang indah dan sempurna...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home