roxychick's: to whine & be frank. almost.

Friday, April 17, 2009

drama seminit.

scene: suasana kawasan penjaja makanan yang meriah di kelana jaya, depan giant lama
lokasi spesifik penulis: tempat jual burger/laksa/mihun sup yang mobile (ala yg kat van tu daa..)

penulis:
bang, burger daging special satu!
abang burger:
wokeh siap!

sambil sangap menunggu burger siap, penulis overheard a telephone conversation seorang lelaki yang sedang menunggu giliran nak bayar duit makannya kat situ...

lelaki:
ha.. hello. hello..
yela.. jap lagi aku sampai la..
aku kat tingkat tiga sekarang ni..

seraya membuatkan penulis menoleh kiri kanan untuk memastikan bahawa penulis masih berada di tempat yang sama, iaitu dekat sebelah van abang burger... (dan bukan tingkat tiga)

*ko dah desperate nak menipu pon agak2 la sket mat! cuba perlahankan sket suara tu.. mesti spesis muka tebal la ni... *

nah. sila gelak beramai-ramai.
(go and amuse yourself here.)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home