bumper issue post syawal part 1.
ok. let's see apa yang gua hutang kat korang...tragedi malam raya and estee lauder sales yang dah agak basi (yang ni boleh tak gua tunjuk gambar lebihan untuk dagangan je?)
tragedi malam raya tu bukan apa, baju kurung gua tak dapat disiapkan oleh kakak tailor yang gua baru nak berjinak-jinak with je. heh. best kan? *macam cool je gua menuturkan ayat-ayat tadi..*
paling best, gua dah hantar baju tu early july sebab masa tanya kat dia, dia kata ok. takde masalah. so, masa gua hantar kain tu, berkali-kali gua cakap kat akak tu, if cannot take it's ok, i'll look for another one. walaupon masa tu dia dok belek-belek kain gua tu sambil mengomel kain tu agak tebal and kejung, tapi dia masih kata ok, boleh buat. fyi, kain tu embroidered cotton je. takdelah tebal and kejung mana pon tapi gua tanya dia lagi sekali kalau-kalau dia ubah fikiran lasmenet, tapi dengan coolnya dia cakap ok. boleh. so, gua pon dengan senang hati bagi kain tu untuk buat baju kurung moden untuk gua, mistermama and bills the bilis. lepas je hantar kain tu, terus lega yang tak dapat dibayangkan sebab gua ni ada tendency to hold on to something yang dah lama beli especially kain buat custom-made baju kurung, pastu mulalah menggelabah nak carik tailor nak buat baju bila nak dekat-dekat raya. itu habit yang tak dapat gua kikis sebab masa kecik-kecik pakai baju recycle tiap tahun selagi boleh fit. itupon baju kurung ready-made beli kat batu road or hankyu jaya. pergghh.. old skool tak?
itu cerita bulan julai. err.. i mean the hantar kain part, not the old skool part. heh.
sampai la bulan puasa nak dekat habis, gua masih tak dapat-dapat phone call dari kakak tu. kawan ofis gua cakap, takpe, tunggu dia call je, and mesti dia akan siapkan. kawan gua cakap berdasarkan pengalaman dia sendiri since dia regular customer akak tu so gua ok je, takde hal sebab rumah akak tu memang dekat dengan rumah gua. nak-nak pulak tahun ni gua raya sini dulu, agak-agak akak tu siapkan malam raya, gua takde hal nak pegi amik la kan.
so, 5 days before hari raya, i made a phone call to that kakak since she didn't reply my sms the day before. she told me over the phone that she's in a midst of buat orang lain punya since gua tak balik kampung and tinggal dekat dengan rumah dia. she reassured that mine will be ready by tuesday, 2 days before 1 syawal. so, bila dia dah cakap camtu, gua ok je la (again!) but i dare not to tell mistermama bout it sebab nanti dia kancheong!
bila ari selasa menjelma, sampai ke malam gua tak dapat any phone call or sms from her. masa tu dah cuak dah, siap takde mood segala, tapi gua buat tak tau je. hari rabu pon sama, so i decided to sms her. dia tak reply. gua pon pujuk hati, mintak sabar sampai hari khamis.
so, that beautiful eve of raya, gua bangun pagi dengan perasaan nak kemas rumah, nak buat apa yang patutla kan. tengah sakan turunkan langsir sebab nak pasang langsir last year yang masih cantik menarik ko memang tebabo tu, phone gua berbunyi. it was the tailor! perasaan campur seronok and cuak. dan lepas apa yang akak tu cakap dalam phone, perasaan seronok dah terpelanting jauh jauh. yang tinggal cuma perasaan cuak yang membuak-buak campur marah campur nak nangis!
gua: hah akak! macamana... (tak sempat habis ayat gua ni..)
akak: kain apa yang awak bagi kat akak ni?? akak buat baju adik awak ni dari malam tadi sampai subuh ni baru siap tau! jahit sikit jarum patah, jahit tepi tak boleh!! akak rasa ni kain cadar la!! (tone suara: tinggi)
gua: kain cadar? uih.. takkan la budak kat jakel tu nak jual kain cadar buat baju kat saya? takkan la saya gila nak pakai kain cadar? (tone suara: cool and calm)
akak: ah.. akak rasa ni kain cadar! dorang tu bukan pedulik tau nak jual je. apa-apa pon, awak nak marah, marahlah, tapi akak takleh buat baju awak dengan baju mak awak. betul akak cakap! akak dah give up ni! tension tau tak! tension!!
gua: eh, kenapa akak cakap camtu? masa hantar dulu akak sendiri yang tengok kain tu. banyak kali saya tanya kat akak, boleh ke tak, boleh ke tak. tapi akak cakap ok, so saya assume akak ok je lah. sekarang akak cakap camni lak. camne ni? esok dah la nak raya.
akak: entah. akak tak tau la. awak ambik balik kain ni..
gua: eh, camne saya nak amik balik? bukan hari tu akak cakap akak dah potong ke kain tu?
akak: tak. akak belum potong lagi. awak amik la balik kain ni. awak nak cakap apa, awak cakaplah. akak tak boleh buat.
gua: ermm.. oklah. nanti saya call akak balik.
gua dah confuse masa tu. siapa yang patut marah siapa ni?
*conversation di atas adalah lebih kurang apa yang diperkatakan. sebab benda dah lama berlaku and it started to become fungus dalam otak gua ni, so, gua takleh nak ingat if ada lagi ayat-ayat tak boleh blah dari akak ni*
lepas letak phone, gua start to menangis. mistermama dah bebel-belel dah sebab dia sendiri tak paham, hantar kain dah lama, tapi boleh pulak akak tu call a day before raya cakap camtu. gua pon call kawan ofis gua nak mengadu. tapi, gua setakat boleh mengadu jelah kan? b pon dah bising-bising sebab 2 days before that kitorang pegi collect baju melayu dia and zaes. tiba-tiba baju gua tak menjadi kenyataan.
so, gua pon hantar sms kat akak tu, cakap nak datang amik kain. bills the bilis pon ikut sekali and bebel jugak walaupon baju dia dah siap.
sampai kat rumah akak tu, gua bagi salam pastu dia datang bukak gate. muka dia macam muka tembok. takde perasaan.
gua: camne boleh jadi camni? kan akak dah tengok kain tu awal-awal. akak jangan ingat saya tak tau, akak buat baju orang yang hantar kemudian dari saya kan... (masih maintain cool)
akak: sebab kain dorang tu senang nak buat! (suara dia masa ni sangat annoying siot!)
gua: eh, tak boleh la camtu. akak patut ikut turn. katalah akak start buat baju saya dulu, pastu akak rasa akak takleh buat and masa tu seminggu sebelum raya akak cakap tak boleh, saya ok je. ini esok nak raya ni!
muka akak tu masih macam sardin. kitorang pon masuk dalam rumah dia. bills the bilis checked out her baju. sambil pegang-pegang selamba je bills the bilis cakap, "ini bukan kain cadar ni kak. ini kain mahal tau tak?"
akak: ye.. akak tau la kain mahal. tapi keras, bila jahit jarum sume patah sebab kain tu tebal.
gua: ish.. saya tak tau nak cakap camne la kak. baju anak and husband saya sume dah siap. tapi baju saya tak siap.. camne?
akak: baju dorang tu pakai kain ni jugak ke?
gua: ish.. agak-agak la sket kak. ni kan kain pompuan. mestila kain lain, tapi warna sama laa.. dahla tadi masa akak call akak marah-marah saya..
akak: eh, mana akak ada marah? akak tension tau tak?
gua: kalau saya boleh record phone call akak tadi, saya bagi akak dengar balik...
akak: OK! OK! SALAH! SALAH! SALAH!!!
erk.. masa ni gua and bills the bilis were shocked! tiba-tiba je dia terjerit-jerit macam orang meroyan. memang darah gua dah boiling to the max tapi gua relax je.
gua: hmm.. takpelah kak. mentang-mentang saya baru first time hantar kat akak... saya sedih lah akak buat saya camni.
akak tu buat muka bodoh je. tak cakap sorry sikit pon. then gua mintak duit dari bills the bilis. gua bayar duit baju yang dah siap tu and without saying thanks (neither did she!), gua keluar dari rumah dia. dia escort sampai gate sebab nak lock gate dia kan. sambil-sambil tu gua and bills the bilis membebel-bebel...
bills: patut toksah bayar! kurang ajar betol la...
gua: ah.. takpe. bayar je. jarum dia patah kan. biarla orang nak buat kita. tapi kita jangan buat kat orang.
gua masuk je kereta, gua dah mula rasa frust and demotivated.
to be continued...
Labels: eid mubaraq
7 Comments:
laaa cek pahhh u slalu ade masalah dengan tailorlaaa..sian u..
uhuk! uhuk!
memang betol! macam kena mandi bunga laa..
nanti i sambung yeh...
az yg sakit hati baca entry nih... memang siot betol mak cik tuh...
baju az tahun ni pun siot tak bley bla... cakap lain buat lain jadi lain then tak bley pakai... nyesal dengan tindakan nak CUBA tailor lain... afta diz buat ngan mak cik sendirik kat kajang tuh... dapat pagi raya pun xpe janji puas hati...
opsss.. sory terbebel kat sini pulak..
pape pun sian jugak kat acik...
lol. i rase u cite dlm blog ni lg best dr u cite live aritu. ke, mase tu i tak feel sgt sbb tgh cuak nk pakai bulu mata. haha.i rase die mesti puas hati lepas u bayar sbb die boleh beli stok jarum utk 8thn.
adoi...apasal akak tu buat sial mcm tu..kain cotton la senang nak gunting n jahit semua...kalo pasal jarum,beli je la jarum utk jahit kain jeans ke...sian kat korg..aku plak jd bengang bila baca entry kali ni....
beb, awat la hang ni baik sanggaaaaatttttt... eeeiii.. aku baca aku yg marah siot... kalau aku kat tempat ko, silap2 kena hempuk akak pu*i tu dgn aku! hissshhhhh.. geram! geram!
ntah sekolah jahit ulu mana dia belajar smpi kain pun tak reti nak beza.. bangang siot!
*pardon the language, marah ni, marah!
-one-
miszbeauty,
uhuhuhuuu.. i selalu takde luck bab-bab camni...
h3ejau,
ceh. pura-pura simpati rupanya masa tu yeh.. :p
marvic,
masa tu kan, i ada gak terpikir nak mintak tolong kat you sebab hari tu tengok cantik je baju kurung yang u jahit sendiri tu.. hehehee..
one23,
sabo! sabo! :p
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home