roxychick's: to whine & be frank. almost.

Friday, October 15, 2010

bumper issue post syawal part 2.

sampai rumah, gua membebel-bebel. masa tu muka rasa merah dan panas. baru nak rasa marah rupanya. memang marah.

bills the bilis pon try baju dia. mistermama tengok dengan penuh dendam dan benci. ok. i'm exaggerating. muka dia sayu je.

bila bills the bilis keluar peragakan baju tu, mistermama tunjuk muka kesal. dia cakap elok je kain tu bila jadi baju, tambah pulak dengan jahitan kakak tu. kemas dan tak terjongket-jongket katanya. kesian pulak gua tengok mistermama masa tu. air mata gua pon dah bergenang-genang dah.

b turun dari atas. dah la masa tu dia tak cukup tido akibat menyiapkan album customers, dapat pulak berita tragis macam ni. huh. mau tak tragis!

b: my friend cakap baju kat pkns banyak. tak guna nak marah-marah and sedih pon. jom kita pegi beli je lah..

gua: beli lagi?? dah la kain tu mahal, tak jadi pulak baju. sekarang nak beli pulak? taknaklah.. takde duit. takde duit...

b: takpe la b, beli jelah. habis tu you nak pakai apa?

bills the bilis menyampuk:
takpelah.. awak pakai la baju ni. billa kan ada baju lagi satu yg turquoise tu.. billa pakai la yang tu..

gua: takmo. takmo!

memang emo sungguh gua masa tu. b pon naik atas balik. minutes later dia turun balik.

b: eh, ada my friend ni parents dia tukang jahit. i dah tanya, dia kata boleh buatkan..

gua: yelah tu. nak siapkan satu hari.. esok nak raya tau tak! boleh sangat la...

b: isk. betul. dia kata ok. jom la pegi sekarang. dia kata if nak kena datang sekarang...

(conversation ni telah dipendekkan. macam gua cakap la.. dah basi pon cerita ni, tu yang malas nak pikir tu)

sinar harapan kembali muncul. dengan pantas gua bersiap. kitorang pon keluar dari rumah minutes later. tinggal rumah togel tak berlangsir.

dah sampai kat selayang, we were greeted by the makcik and pakcik. makcik tu tengah prepare rendang and ketupat. according to her son, parents dia dah siapkan tempahan baju-baju raya 4 days before eve of raya tu. at first, i can't help to rasa cuak.. mana la tau kan.. berharap berharap, nanti satu apa pon takde. tapi gua cuba berfikiran positif la kan..

makcik tu terus je tinggalkan bahan-bahan masak dia lalu mengambil buku and measure tape. terus je dia ukur badan gua and mistermama. gua pon redha je makcik tu nak buat apa dengan kain tu. nak demand lebih-lebih kang ada yang kena pelangkung dengan periuk kang kan... tapi gua cakap jugak la yang gua nak kurung moden, tapi taknak ketat sangat. heh. cakap pon takut-takut je, tapi makcik tu punya la cool je muka dia.

masa tu pakcik tu tanya, kenapa buat lasmenet. gua pon terus cerita apa yang terjadi pastu pakcik tu macam heran je bila part jarum patah tu. masa tu dia belek kain tu and said, "kalau jahit batu je, barulah jarum patah..." need i say more?

lepas ukur, makcik tu amik kain and potong depan kitorang. selamba je dia potong. takde tersekat-sekat ke or gunting dia terus tumpul ke. takde ye. lepas potong, dia bagi kain tu kat husband dia, then pakcik tu pegi kat mesin jahit tepi dan jahit tepi kain-kain tu.. meh sini tengok gambar pakcik and makcik amazing ni... sempat gua suruh bills the bilis snapped their pics...

sempoi ke tak sempoi pakcik and makcik ni? i lef yu lah!

tengah dok potong-potong kain tu, pakcik tu suruh datang balik malam. yelah kan.. orang dah nak tolong tu kira cukup baik dah tu, takkan nak pressure dia siapkan dalam masa 2 jam pulak? haha..

sementara tu, kitorang pon pegi la jalan-jalan kat sunway pyramid, beli apa-apa yang belum beli lagi seperti kasut/baju/jeans untuk zaes, kasut gua and baju untuk b. lepas berbuka kat johnny's kitorang hantar mistermama balik pastu kitorang pegi selayang balik to get our baju.

to cut this long story short, walaupon baju gua makcik tu buat memang tak ketat (read: longgar sungguh for a kurung moden) tapi gua tetap bersyukur sangat-sangat sebab ada jugak baju berwarna sedondon di pagi syawal. gua bercadang nak pegi hantar alter ah lepas ni... and gua rasa mungkin gua nak hantar kain-kain lain buat baju kat makcik ni... tengok ah camne...

oh, by the way, normally dorang charge serendah rm40 untuk sepasang baju kurung. memang murah kan! so, on that day, sebab urgent case, dorang charge rm60 per pair. gua ok je nak bayar sebanyak tu sebab terlampau bersyukur makcik/pakcik tu sanggup nak tolong kan... in fact, gua siap bayar lebih lagi, selit kat dalam sampul raya. tapi tak yah la bagitau berapa. kang orang cakap gua berlagak pulak.. hehehe..

macam tu la cerita tragedi yang berlaku kat gua. memang rare sungguh kejadian ni. ini la 1st time benda-benda camni jadi kat gua. namun, gua bersyukur sebab ada jugak insan yang sudi membantu di saat-saat akhir.. alhamdulillah. (fuhh.. ayat tak bleh blah! lol!)

meanwhile, enjoy these pics from eid 2010. ni random je, tak tengok lagi gambar-gambar lain... :p
inilah kain kontroversi itu. jangan main-main,
jarum pon patah woo! muahahahaa..

sila perhatikan zaes.
dengan kitorang, taknak senyum, pakai pacifier lagi tu...


... tapi, dengan uncle jai and auntie miyashakira dia, sengih sampai kemik-kemik muka! bias sungguh anak gua ni...

zaes with uncle sheik, bonda and his cousin sisters. saat-saat akhir zaes untuk bermanja-manja dengan bonda sebelum another hero was born.. heh.

alamak. vain sungguh budak-budak ni.
zaes, kenapa posing camtu? ceh.

ok sayang-sayang semua. till later! :p


Labels: ,

Tuesday, October 05, 2010

bumper issue post syawal part 1.

ok. let's see apa yang gua hutang kat korang...
tragedi malam raya and estee lauder sales yang dah agak basi (yang ni boleh tak gua tunjuk gambar lebihan untuk dagangan je?)

tragedi malam raya tu bukan apa, baju kurung gua tak dapat disiapkan oleh kakak tailor yang gua baru nak berjinak-jinak with je. heh. best kan? *macam cool je gua menuturkan ayat-ayat tadi..*

paling best, gua dah hantar baju tu early july sebab masa tanya kat dia, dia kata ok. takde masalah. so, masa gua hantar kain tu, berkali-kali gua cakap kat akak tu, if cannot take it's ok, i'll look for another one. walaupon masa tu dia dok belek-belek kain gua tu sambil mengomel kain tu agak tebal and kejung, tapi dia masih kata ok, boleh buat. fyi, kain tu embroidered cotton je. takdelah tebal and kejung mana pon tapi gua tanya dia lagi sekali kalau-kalau dia ubah fikiran lasmenet, tapi dengan coolnya dia cakap ok. boleh. so, gua pon dengan senang hati bagi kain tu untuk buat baju kurung moden untuk gua, mistermama and bills the bilis. lepas je hantar kain tu, terus lega yang tak dapat dibayangkan sebab gua ni ada tendency to hold on to something yang dah lama beli especially kain buat custom-made baju kurung, pastu mulalah menggelabah nak carik tailor nak buat baju bila nak dekat-dekat raya. itu habit yang tak dapat gua kikis sebab masa kecik-kecik pakai baju recycle tiap tahun selagi boleh fit. itupon baju kurung ready-made beli kat batu road or hankyu jaya. pergghh.. old skool tak?

itu cerita bulan julai. err.. i mean the hantar kain part, not the old skool part. heh.

sampai la bulan puasa nak dekat habis, gua masih tak dapat-dapat phone call dari kakak tu. kawan ofis gua cakap, takpe, tunggu dia call je, and mesti dia akan siapkan. kawan gua cakap berdasarkan pengalaman dia sendiri since dia regular customer akak tu so gua ok je, takde hal sebab rumah akak tu memang dekat dengan rumah gua. nak-nak pulak tahun ni gua raya sini dulu, agak-agak akak tu siapkan malam raya, gua takde hal nak pegi amik la kan.

so, 5 days before hari raya, i made a phone call to that kakak since she didn't reply my sms the day before. she told me over the phone that she's in a midst of buat orang lain punya since gua tak balik kampung and tinggal dekat dengan rumah dia. she reassured that mine will be ready by tuesday, 2 days before 1 syawal. so, bila dia dah cakap camtu, gua ok je la (again!) but i dare not to tell mistermama bout it sebab nanti dia kancheong!

bila ari selasa menjelma, sampai ke malam gua tak dapat any phone call or sms from her. masa tu dah cuak dah, siap takde mood segala, tapi gua buat tak tau je. hari rabu pon sama, so i decided to sms her. dia tak reply. gua pon pujuk hati, mintak sabar sampai hari khamis.

so, that beautiful eve of raya, gua bangun pagi dengan perasaan nak kemas rumah, nak buat apa yang patutla kan. tengah sakan turunkan langsir sebab nak pasang langsir last year yang masih cantik menarik ko memang tebabo tu, phone gua berbunyi. it was the tailor! perasaan campur seronok and cuak. dan lepas apa yang akak tu cakap dalam phone, perasaan seronok dah terpelanting jauh jauh. yang tinggal cuma perasaan cuak yang membuak-buak campur marah campur nak nangis!

gua: hah akak! macamana... (tak sempat habis ayat gua ni..)

akak: kain apa yang awak bagi kat akak ni?? akak buat baju adik awak ni dari malam tadi sampai subuh ni baru siap tau! jahit sikit jarum patah, jahit tepi tak boleh!! akak rasa ni kain cadar la!! (tone suara: tinggi)

gua: kain cadar? uih.. takkan la budak kat jakel tu nak jual kain cadar buat baju kat saya? takkan la saya gila nak pakai kain cadar? (tone suara: cool and calm)

akak: ah.. akak rasa ni kain cadar! dorang tu bukan pedulik tau nak jual je. apa-apa pon, awak nak marah, marahlah, tapi akak takleh buat baju awak dengan baju mak awak. betul akak cakap! akak dah give up ni! tension tau tak! tension!!

gua: eh, kenapa akak cakap camtu? masa hantar dulu akak sendiri yang tengok kain tu. banyak kali saya tanya kat akak, boleh ke tak, boleh ke tak. tapi akak cakap ok, so saya assume akak ok je lah. sekarang akak cakap camni lak. camne ni? esok dah la nak raya.

akak: entah. akak tak tau la. awak ambik balik kain ni..

gua: eh, camne saya nak amik balik? bukan hari tu akak cakap akak dah potong ke kain tu?

akak: tak. akak belum potong lagi. awak amik la balik kain ni. awak nak cakap apa, awak cakaplah. akak tak boleh buat.

gua: ermm.. oklah. nanti saya call akak balik.

gua dah confuse masa tu. siapa yang patut marah siapa ni?

*conversation di atas adalah lebih kurang apa yang diperkatakan. sebab benda dah lama berlaku and it started to become fungus dalam otak gua ni, so, gua takleh nak ingat if ada lagi ayat-ayat tak boleh blah dari akak ni*

lepas letak phone, gua start to menangis. mistermama dah bebel-belel dah sebab dia sendiri tak paham, hantar kain dah lama, tapi boleh pulak akak tu call a day before raya cakap camtu. gua pon call kawan ofis gua nak mengadu. tapi, gua setakat boleh mengadu jelah kan? b pon dah bising-bising sebab 2 days before that kitorang pegi collect baju melayu dia and zaes. tiba-tiba baju gua tak menjadi kenyataan.

so, gua pon hantar sms kat akak tu, cakap nak datang amik kain. bills the bilis pon ikut sekali and bebel jugak walaupon baju dia dah siap.

sampai kat rumah akak tu, gua bagi salam pastu dia datang bukak gate. muka dia macam muka tembok. takde perasaan.

gua: camne boleh jadi camni? kan akak dah tengok kain tu awal-awal. akak jangan ingat saya tak tau, akak buat baju orang yang hantar kemudian dari saya kan... (masih maintain cool)

akak: sebab kain dorang tu senang nak buat! (suara dia masa ni sangat annoying siot!)

gua: eh, tak boleh la camtu. akak patut ikut turn. katalah akak start buat baju saya dulu, pastu akak rasa akak takleh buat and masa tu seminggu sebelum raya akak cakap tak boleh, saya ok je. ini esok nak raya ni!

muka akak tu masih macam sardin. kitorang pon masuk dalam rumah dia. bills the bilis checked out her baju. sambil pegang-pegang selamba je bills the bilis cakap, "ini bukan kain cadar ni kak. ini kain mahal tau tak?"

akak: ye.. akak tau la kain mahal. tapi keras, bila jahit jarum sume patah sebab kain tu tebal.

gua: ish.. saya tak tau nak cakap camne la kak. baju anak and husband saya sume dah siap. tapi baju saya tak siap.. camne?

akak: baju dorang tu pakai kain ni jugak ke?

gua: ish.. agak-agak la sket kak. ni kan kain pompuan. mestila kain lain, tapi warna sama laa.. dahla tadi masa akak call akak marah-marah saya..

akak: eh, mana akak ada marah? akak tension tau tak?

gua: kalau saya boleh record phone call akak tadi, saya bagi akak dengar balik...

akak: OK! OK! SALAH! SALAH! SALAH!!!

erk.. masa ni gua and bills the bilis were shocked! tiba-tiba je dia terjerit-jerit macam orang meroyan. memang darah gua dah boiling to the max tapi gua relax je.

gua: hmm.. takpelah kak. mentang-mentang saya baru first time hantar kat akak... saya sedih lah akak buat saya camni.

akak tu buat muka bodoh je. tak cakap sorry sikit pon. then gua mintak duit dari bills the bilis. gua bayar duit baju yang dah siap tu and without saying thanks (neither did she!), gua keluar dari rumah dia. dia escort sampai gate sebab nak lock gate dia kan. sambil-sambil tu gua and bills the bilis membebel-bebel...

bills: patut toksah bayar! kurang ajar betol la...

gua: ah.. takpe. bayar je. jarum dia patah kan. biarla orang nak buat kita. tapi kita jangan buat kat orang.


gua masuk je kereta, gua dah mula rasa frust and demotivated.

to be continued...

Labels:

Monday, September 20, 2010

idea terhebat sempena hari raya 2010...

ada.. ada.. i'm still around. alive and kicking!
heh.

banyak benda nak cerita ni, termasuklah tragedi sehari sebelum raya...
memang menikam hati sungguh but sebab kekangan masa, mintak para pembaca bersabar la yeh.

so how's your raya? hope all's well.

tunggu next post gua okey?

part of me.


Labels:

Wednesday, September 08, 2010

special raya greeting from zaes.

dia pon sibuk nak beraya... biasalah.. budak-budak!

at 3 years old, he already understands the meaning of trying on new baju raya and sealing the crispy bank notes inside an angpow envelope.

zaes wishes his mommey's blog readers a happy hari raya aidilfitri!

Labels: ,

Thursday, October 01, 2009

eid mubaraq anecdotes.

are you waiting for me to publish the zaes yang hot stuff entry?
or maybe you've forgotten all about it? kan usually i like to end my entry with something i promised to write for the next blog post, but akhirnya tak muncul-muncul pon cerita itu...? ha. that's the case here la. i don't think i'll be serenading you with that story sebab selain daripada cerita itu dah basi, mungkin butir-butir lain telah pon dilupai. *besides the bits and pieces of the angry feeling i still have for lil zaes for being so naughty and taknak dengar cakap mommey semalam. notty boy!*

anyway, before i terlupa mengenai anekdot hari raya 2009, lebih baik la i mula menulis mengenainya. it might not be as funny, but as and when the situation happened, memang kelakar la for me. ok. let's start, shall we?

scene 1.
mak's (b's mom) house, tanjung karang.
hari raya day one.
that first day of hari raya, we received a lot of guests of which most of them were mak's relatives. lil zaes was busy tailing his daddy when at this one point, they were separated sebab b was fast avoiding lil zaes from following him sebab nak pegi merokok (amaran kerajaan malaysia: merokok tidak baik untuk kesihatan) kat luar. so, i carried him and masa tu jugak he shouted across to his dad,

"subhi karim!! subhi karim!!"

everyone started to look around and laughed upon hearing this.

panggil incek bapa dengan nama... mat salleh la lu brader! heh.
*nak kena moral-check budak ni. biasa dia ni!*

scene 2.
bro-in-law's crib, subang jaya.
hari raya day four.
selepas puas berhari raya kat seremban & puchong with my besties, elly & ika and their newborn babies, after maghrib kitorang pegi berhari raya kat rumah my b.i.l pulak. so happened mister mama's bro & family nak datang beraya so we decided to meet them up there before inviting them to our place. so they came to my b.i.l's house with another entourage of family, which is, his in-laws. dah la anak-anak uncle min memang ramai (6 of them i think?), so bila yang masuk rumah tu ada more than 6 teenagers, rumah my b.i.l terus jadi hingar-bingar. tapi tak kisah la. orang datang beraya (read: tengah kira-kira cukup tak sampul duit raya yg masih ada content nak bagi kat dorang tu...)

so, masa time makan, my sis pon hidang la mee goreng (yang dibeli di mamak bistro berdekatan) and this fusion of drink since she's not into buying berbotol-botol carbonated drinks when festive season is here.

i was watching tv while eating the hell pedas mee mamak when one of them teenagers, let's call her miss konon-pandai *who is btw not my cousin, she was my cousin's cousin. so, no relation there ok*, comfortably made her way in front of me and suka hati tukar the channel. then i overheard a conversation among them:

my cousin: isk. sedapnya air ni. (referring to the drink made by my sis)
miss konon-pandai: a'ah.. sedap kan.
my cousin: air apa agaknya ni kan?
miss konon-pandai: oh.. ni air pink guava. (muka confident macam dia yang bancuh air tu tadi)

geram punya pasal, i pon mencelah,
"eh.. tu bukan pink guava la. tu ribena campur lemon kordial."

tiba-tiba miss konon-pandai (dengan muka yang cuak) terus buat iklan ribena,
"kelass rumah kakak!"

err..? wtf?

and it didn't end there.

when they adjourned to our place, and since dorang pon dah makan, i just made coffee and tea (but my uncle and his wife couldn't resist mister mama's leftover lunch, so they continued..) and hidangkan some j.co's donuts which was brought by miya & jai earlier on.

so, sorang-sorang budak-budak tu datang and grab them donuts. then, miss konon-pandai came and about to get one. bila dia dah amik tu, just before she bite them, i heard her murmuring to herself, "ooohh! i love big apple (a competitor of j.co's)" when you can clearly see the j.co's box, right in front of you! since it was already late and the fact that i'm gonna start working the next day and that i'm left with below zero level of energy, i just kept quiet eventho my heart was flaming and shouted "tu j.co donuts la weyh!" profusely!

then miss konon-pandai made her way to the sofa and quickly channel surfing until she stopped at starworld when she saw the sight of barack obama being interviewed by mr letterman. dengan penuh gedik di mata dan hatinya, miss konon-pandai raised the tv volume and glued herself in front of the idiot box and pretended she was obama's no.1 fan! *pretended sebab she didn't really listened to what he has to say, just plain feasting her eyes with his looks and stuff..*

can we get rid of these wannabes soonest?

i might sound like a pathetic old lady who can't accept the fact that she's not in her era anymore (bummer!) hence couldn't really understand teenagers zaman sekarang punya style.. ow well.. maybe. maybe not. miss konon-pandai was just plain annoying, with a long scarf terlilit kat leher tapi takde la sejuk mana pon malam tu. owh.

scene 3.
our place, putra heights.
hari raya day six.
since we came back like really late from my auntie's house in gombak the nite before, niat nak bangun pagi and pegi pasar untuk membeli bahan-bahan memasak bagi merealisasikan sesi ajak-beberapa-kawan-ke-rumah-untuk-berhari-raya-sambil-menikmati-rendang-masakan-mister-mama-kesayangan-hamba terpaksa dilupakan (ye kak w. tu la sebab utama i terpaksa kensel rancangan utama hari sabtu itu.. heh.)

tapi, walaupon bangun lambat, incek suami masih ingin menikmati rendang ayam, nasi impit & kuah kacang, lalu dengan gigihnya he decided to cooked them himself. so we when to the nearby hypermarket.

roxy: no babe! no way! please let mama cook!
b: i can. i can. i can. dah. jangan sibuk.
roxy: tak yah beli banyak2 sangat ayam tu, nanti tak jadi, tak sedap, buang je. (hell yeah, those were my exact words!)
b: i kata boleh, boleh la! hish!

armed with the recipe he got from the net, since he insisted on searching for the recipe instead of using mister mama's (and of course, what's a rendang ayam without its ingredients la kan) he forbade mister mama from entering the kitchen and did everything himself from scratch.

walaupon 2 hours plus nak siapkan, but he did it! piccas comin' up!

the recipe from the net, being magnetised on the fridge door.



rendang ayam incek subhikarimdotcom.

kudos to him cuz rite after i have to stuffed my own words in my ugly face sebab semua orang makan dan siap tambah eventho masin sket.

that afternoon, i got a phone call from my childhood friend who was in the country for the past 2 months (he's working in the uk accompanying his lovely wife, afzan yang tengah buat phd, alongside their 2 beautiful sons) tapi didn't bother to call me till that day. so, terus invite dorang datang rumah and they came around 8-ish camtu (anak-anak dorang, fd & imran iskandar were the most adorable-geramnya-aku-tengok budak i've ever seen!) and we had a long chat! afzan was a soft-spoken person (just so you know, i never had a face to face conversation with her before) you could hardly heard her. tiba-tiba rasa segan sebab i was being me, loud and about! hehe.. *sorry afzan. i memang camtu. hope you tak kena culture shock!*

dahla geram tengok anak dorang tu, especially imran yang tak kisah sapa pon dukung dia. dah la muka macam pompuan! fd pulak, when i brought out the toys, punya la happy main dengan toys zaes yang tak berapa nak elok tu especially the cars.

so, while the hubbies were doing their final round of polluting the air, i asked lil imran if he wants chocolates tapi fd yang cakap nak dulu! (surprisingly fd speaks fluent malay despite being born & bred in the uk. bagus!)

so i went to the kitchen (he was tailing me all the way.. hahaha oh-so comel!) to get the hershey's kisses and reese's pieces. i gave some to fd and he ate almost immediately! rupanya dia memang chocoholic. and memandangkan chocolate tu banyak and dari buat perhiasan, i pon decide to pack some for him to eat in the car on the way back home.

roxy: ok fd, lemme give you some for you to bring back home yah?
fd: ok auntie. nanti auntie bagi farish banyak-banyak k. (with a charming innocent look on his face!)

i responded by giving him a kiss on his forehead! he is soo cute!
*can you resist not to kiss a lil boy who gave an honest, spontaneous statement like that? sigh..*

and sampai dorang nak balik baru realised we didn't take any pictures at all. takpe. afzan, mintak permission amik gambar korang from your fb k? thanks!

the couple, faizul (my childhood fenemy - friend+enemy) and his wifey, afzan.

farish danial aka fd & imran iskandar, respectively.

imran iskandar. nak jugak tunjuk gambar ni! isn't he adorable??

eh, korang. for the next few syawal weekends ni mesti banyak open house nak kena attend kan? as for me, ada few official and unofficial ones. haven't decide sebab incek suami will be busy shooting weddings starting this weekend. bukan apa, nak pegi secara berduet rather than secara trio adalah sangat memenatkan tambah pulak si zaes sudah semakin out of control. at least, if incek suami is around, takdela terasa penat sangat (read: sebenarnya nak tido dalam kereta rather than kena drive.. ye. i mengaku, tak nak jadi hipokrit. owh. owh. that reminds me to renew my dah-mati-7-bulan-lepas-driving-license soonest!!)

nak buat camne. dia mencari rezeki halal.
rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicarik.

fret not! i'll be fine.
will try my best to attend any open houses i've been invited to ok?

Labels: ,

Thursday, September 24, 2009

office alone. and other essentials.

dah 5, 6 kali delete ayat yang ditaip.
even this one. ye. yang tengah taip ni laaa..

apa kejadah kebosanan sorang-sorang kat ofis ni.
oh. minggu depan baru ada orang kerja daaa..
hari raya mestilah cuti sakan.

gua je yang sibuk-sibuk datang ofis sebab sayangkan ofis ni..
tak sanggup tinggal lama-lama.



the haunted 4th floor. *evil laugh*

anyway, aidilfitri has been ordinary.

funny sket sebab tak pernah-pernah la malam raya gua masih lagi merayau-rayau kat mall sebab incek suami nak shopping last minute for himself after delivering custom albums kat clients dia. first time jadi camni... dah la hujan selebat-lebat hujan petang tu. takpe. ada hikmah (sebab i dapat sepasang kasut and sehelai top secara percuma) heh.

after the fiasco kat mall, we headed back, sempat singgah subang parade amik kek yang mister mama ordered from secret recipe, itupun masa sampai, kaunter dah pasang grill dah.. nasib baik masih ada staff dia yang tengah kira-kira duit.

and incek suami tak habis kat midvalley, kat parade pon dia membeli, but this time for his twin niece/nephew (kembar lelaki & perempuan) sebab masa kat midvalley tu, mothercare tutup awal. and since berkejar-kejar, akhirnya we got something from pumpkin patch @parkson. pastu, pegi singgah masjid depan parade tu jap sebab mister papa ada kat sana, tengah join jemaah bertakbir hari raya.

*kitorang ni dah macam santa claus aidilfitri. since tahun ni incek suami's side ramai new babies, selain baju katak untuk si kembar, he also bought 2 pairs of clarks' sneakers for his 2 other nephews. and... owh! baju kataks for lil ayra & lil aisyah and a collared t-shirt for lil aydan, my best friends' kids. memang meriah.*

sampai rumah, *nasib baik dah iron baju melayu/kurung raya terpakai di awal pagi* terus packing baju persalinan and other essentials, salam raya with mister mama, my 3 sisters, bro-in-law & my 3 adorable nieces, the Q-D-S.

we reached daerah nur kasih at around 12.30am. masa tu mak incek suami dah tidur, tapi suasana macam pukul 8 sebab si kembar terjaga dan sedang menyusu.

we slept quite late, i think almost 3am kot sebab berborak dengan my kakak ipar.
*kak melah ragi sampai terlelap masa borak-borak dengan i. nampak sangat topik yang dibincangkan tidak hangat.*

bersambung aka malas nak menaip lagi...

oh! nantikan entry zaes yang hot stuff di keluaran akan datang.

Labels:

Sunday, September 20, 2009

public service reminder : happy eid mubaraq

remember your loved ones.
(i know you've seen e-card this few days back, oleh itu sila jangan muntah untuk kali ke-79)

btw, since it's already hari raya, please control makan tu eh. kang elok-elok dah kurang 3, 4 kg masa ramadhan yang lepas, tiba-tiba tambah 7, 8 kg.. selamat beraya sakan!

*2nd auto-updated entry sebab i masih beraya bersama nur amina, adam, aidil & aliya di daerah nur kasih (poyo) muahahahaha.. redha je la...*

Labels:

Wednesday, September 16, 2009

kad edisi kenangan vs kad edisi digital.

when i arrived at my office desk this morning, dah nampak cik jiran sebelah terbongkok-bongkok kat meja dia. dah tu, bila gua tanya sepatah, dia jawab pon sepatah. usually, tak sempat habis soalan, dia dah sediakan jawapan panjang lebar. but today, camtu la gaya dia. ada time dia abaikan je soalan gua (dan orang lain)..

apahal lak dia ni? betul2 pecah hati ke sebab tak dapat beli makanan jiwa yang diimpikan tu?
or maybe sebab dia tak dapat-dapat call radio station yang menawarkan hadiah tiket bas kat pendengar yang mempunyai alasan terbaik untuk balik kampung, pagi tadi kot? gua pon malas la nak tanya. adala tu.

then suddenly, tengah gua berkerut-kerut dahi nak siapkan one of the POS materials untuk latest fragrance by the company for women ni, she came to my desk and passed me an envelope. belek punya belek, barulah i sedar, yang tanya sepatah jawab sepatah tu, rupanya dia tengah dok leka tulih benda ni haa..




oh Tuhan saya! sangat memori daun pisang ok?

i is suka! i is suka! very the zaman budak-budak berhingus la babe!

yela... when was the last time i got this kind of hari raya card? ages ago ok! seronok tengok sebab masih ada yang menjual kad raya camni. and being azyze, i'm not surprise! she's good at it, reminiscing old time! samalah macam masa kitorang layan songs from the 80's kat youtube ke, buat konsert kru bila dah sangap tahap tak boleh blah.. tu keja dia la tuuu.. hahahaaa!

btw babe, thanks again. gua nak cerita kat sini sebab gua excited, dah lama tak terima kad raya ol skool camni la weyh!

and since hari raya is just 3 days away, i pon nak jugak bagi kad raya. tapi kad raya digital hasil kerjasama incek suami & yours truly. what to do? hidup kat zaman teknologi buat kita jadi lazy bum bum. tapi jimat kos! =)

eh, baru perasan morrison the puppet monkey pon ada sama..

kalau sempat menulis sebelum pergi cuti nanti, i tulis la. or maybe i'd do auto update ke.. haha. as if.

have a great holiday this raya! i know i won't sebab hari raya kelima dah masuk ofis sebab nak kejar presentation deadline tapi orang lain dapat cuti sampai next weekend... uhuhuhuuuu...

Labels:

Thursday, October 30, 2008

posmen raya.

outdated benefit beauty book, that gal, sexy stash (that gal, bad gal lash, heart thrrrob), realness of concealness (ni tak jual kat malaysia), honey snap out of it! scrub, 2 dr. feel goods, do it daily moisturizer, get bent angled liner brush & 2 free samples of do it daily & you rebel tinted moisturizer.. phew..

these items came in unexpected 2 days ago. they were scheduled to arrived not until nov 26th sbenanye, tapi, mereka telah sampai awal sebulan nampaknya! haha! gelak besar bila both of us, billa & i, saw the contents of the almost beaten up small carton.. luckily isi kat dlm pon tak kena 'belasah' sama.. kalau tidak.. heheh..

maybe korg sume will say.. apa hal budak nih.. so? benefit cosmetics? so? kan berlambak jual kat malaysia nih... ye. apa yg sedara sedari ckp sume tu mmg betul.. memang berlambak kat pavilion, klcc, robinsons.. but what i didn't know (or probably korang yg baca pon tak tau..) beli online lagi cheaper than buying them here kat departmental stores tu sume! haha. takpe. call me whatever you want but yes, i just discovered the inevitable truth.. furthermore when they come with FREE international shipping (with purchases of USD100 and above!) and nak ship to malaysia pon no problem.. haa.. tu yg makes the purchase special.. haha! just imagine la.. apa yg benefit malaysia tak carry, you can have them shipped rite to your front door thru online purchase je ok! (like the sexy stash canister, sini tak carry but the gift set is such a good bargain all three items at the price of USD78 jd USD58.. hmmm) and the price oso.. about rm30-40 cheaper! seriously.. whatever you see kat dlm gambar tu, (not all mine la.. i kumpul2 my cousins' order, then dpt la free shipping) just cost us USD242 and you get not 3, not 4, but 8 FULL SIZE items ok! LAPAN! bila gua calculate balik, sume tu actually cost more than RM800 if you buy them here.. uish! (mengikut currency exchange semasa laa..) and luckily sume yg order tu good paymaster (kecuali my sis, billa. her account has been temporarily suspended sbb hutang dia dgn gua byk sgt wpon dia byk duit dr gua =p)

my cousin bought this set and when i try the bad gal lash..
OMG! they're to die for la..
(haha! baru discover dowh!)
good bargain nih set nih... ha.. tgk harga dia..


sigh.. now my cousins dah vote for re-order, boleh? haha.. sabar2 la korang.. there's plenty of time.. oh.. my stuff only the do it daily moisturizer & that gal je.. yg lain2 tu sume my cousins' & billa's.. pegi la surf benefitcosmeticsdotcom =p

ok. now for some updates... yah yah.. been bz (duh!) with hari raya la, family vacation la, ofis werk la.. byk gila! tag from ms pink stiletto & baru-baru ni kena lak tag from msjiransebelah tah bila nak buat tah... ha.. the previous post on myia sarah's passport photo pon tak continue lagi.. owh! finally i went and cut my hair last sunday... uhuhuhuuu... i kinda missed my previous hair eventho panjang nak mampus!

hmm.. too much to do laa.. but takpe.. when i can curik some time, i'll do it, ok! meanwhile, let's take a peek at our raya piccies. tak byk sbb mr b pon was outta time to upload more piccies kat his newly launched domain, wwwdotsubhikarimdotcom. i hope these will do yah.. (owh! pic of the three of us is missing.. takpe. nanti i'll curik from him.)

mommey: come zaes, take picture wif mommey!
zaes: ermm.. ok. yay!
mommey: zaes.. show me your teeth..
zaes: eeeeee....

daddy: come zaes, take picture wif daddy!
zaes: wait, my nose rasa itchy..
billa (behind the camera): zazaaaa! *snap! snap!*

billa: come zaes, take picture wif auntie!
zaes: aaa..?

ati: come aliff, take picture wif mommy..
aliff: aaaa!!!

aliff: wah.. bestnya songkok zaes.. pinjam setengah hari.. i got no songkok laa..

cam-whoring session. b yg paksa.
i was reluctant at first (konon jual mahal laa..)


cam-whoring to the core! hahaha!
dia ni tak jual mahal pon.. nak aje amik gambar... =p


sis #2 lulu, cousin fura, her lil bro apee, their sis #1 miya,
tu gua la tuu & ms. fotogedik sis #4, billabongok...


zaes: ok. ok.. enuff everyone..
(mcm pramlee kecik la anak mommey nih..
sbb songkok tinggi.. hahaha!)


all pix were captured by b & a very amateur billa.

p/s: to my dearest unexpected readers... (i got to discover about them masa raya hari tu... aaaaaaaaaaa!), silalah baca dgn perasaan yg neutral. roxychick is my alter ego. alter ego tak perlu berprotokol segala bagai and oso i'm just being myself in this blogging world.. and definitely unpretentious. if ada yg rasa i'm pretentious, maka pretentious la for you and if not, maka not la.. heheh. anyway, i always welcome good critics and comments. and great silent/unexpected/accidental readers.

Labels: ,

Friday, September 26, 2008

happy celebrating eid mubaraq!

wishing all my regular, non-regular, silent & accidental readers salam aidilfitri, maaf zahir & batin from my family, lil zaes, b & i. have a safe balik kampung journey and a great hari raya celebration!

this blog will be on leave for few days. or until i feel like blogging. haha. (sebenarnya i'm in a midst of settling my heavy office werkload, hence the silent treatment these few days la kan..)

take care!

Labels: