p.s. i love you. yes! YOU!
** start plagiarising **Kamu tahu tidak, perasaan menahan perasaan?
Kamu simpan, simpan simpan lepas itu satu insiden kecil yang tidak signifikan langsung tiba-tiba menyebabkan banjir emosi yang dasyat?
Saya pun kadang-kadang begitu.
Simpan, sorok - tapi hah kau, kalau ada benda yang bingo! hit the right spot, sekecil manapun ia, memang berhamburlah segala isi perut.
*bayangkan efek batu kecil terkena cermin kereta dan cermin retak seribu.*
Batu kecil yang lethal itu telah datang dalam bentuk filem P.S I Love You malam semalam.
~sigh...~ this film made me appreciate life even more. tsk.
Cis.
Memanglah adik saya (cik jiran sebelah) sudah warning awal-awal untuk sediakan tisu dan tiger balm untuk membantu pernafasan. Saya siap buat air, tutup lampu dan tenangkan minda untuk mendapat impak mega soppy love story yang digembar-gemburkan oleh semua orang. Ditambah pulak dengan efek kucing peliharaan yang dok meleseh-leseh sambil buat mata terkedip-kedip bila sampai bahagian sedih yang memerlukan saya untuk turut menangis bersama Hillary Swank muncul. (gua lepak je tengok dengan lampu tangga on, sambil kaki letak atas meja iMac tuh..)
Adalah dalam lima enam minit menangis menekup muka dengan bantal, (gua termenung macam orang hilang akal je) baru saya sedar yang hati saya sebenarnya sudah berat dan kecewa dari awal minggu - kerana keadaan Palestin. Saya sudah sakit hati dan memang betul-betul risaukan keadaan saudara kita di Palestin. Setiap hari tengok di TV, dengar di radio, baca di internet... makin lama makin menggunung ketidakselesaan saya. Marah melihat kekejaman yang semakin hari semakin teruk, dan kecewa teramat sangat kerana saya hanya mampu melihat mereka mati tanpa mampu berbuat apa-apa secara langsung untuk membantu mereka. (adala sama sket..)
Kamu tahu perasaan pecah hati? Lebih kurang begitulah.
** end of plagiarising **
yah. i'm lazy like that. sukati gua je nak plagiat review filem orang lain. but knowing cik jiran sebelah, i know she wont mind. kan? kan? er..
Tapi apekejadah tengok cerita sedih tapi masih menangis walaupun ending credits dah selesai?
Ni menangis dasyat ni, tahap badan bergoyang. (takde la sampai bergoyang macam dia.. heheh..) Saya sendiri terfikir, kenapa aku tak boleh berhenti menangis ni? Cerita tu tak lah sedih tahap maut... aish, is this a virus of some sort?
Saya dapati air mata saya masih tak mahu berhenti keluar, dan badan seolah mencari kehangatan pelukan comforting dari seseorang (okay, saya terpaksa settled for pelukan comforter sahaja lah) (takde sesi peluk sapa2 pon as i was watching this dvd alone, from b's iMac, sebab b ada TT session with his fotogfrens and my sister, mama and zaes were already in la la land) serta kata-kata assuring untuk melega limpahan emosi yang entah datang dari mana.
Kamu tahu perasaan pecah hati? Lebih kurang begitulah.
Agaknya, dinding yang saya bina menyekang rasa jiwa akhirnya tak mampu menampung beban. Terus melimpah-ruah. Kocak air masa tsunami.
Ya, ya, reaksi sejagat umumnya adalah untuk berasa marah tahap langit dan perasaan ini mendorong kita untuk melakukan (atau setidaknya pun, berfikir untuk melakukan) perkara-perkara ganas seperti bakar bendera, ludah Amerika, pijak barangan keluaran Yahudi, mencarut sampai pagi mahupun pecahkan cermin kereta (sendiri punya tak apa).
Bagi rakyat kebanyakan, mungkin sekadar sama-sama maki Yahudi bila kita jumpa-jumpa minum kopi. (Ada yang kaw-kaw maki Yahudi ketika minum di Starbucks. Peh, berapa punya oxymoron lah situasi itu.) Tak kurang juga yang mendiam diri dan cuba mengawal fikiran.
Selalunya reaksi saya taklah sampai nangis lama-lama cenggini.
Tapi, kalau kamu pun tengah PMS, mungkin kamu faham.
Dah nama pun perempuan kan, nangis je lah! (very true and agreed hands down!)
Cheh!
p.s: p.s I Love You memang cerita jiwa perempuan sangat! Suka lah! :)
p.s.s: abang gerard butler hot, tapi abang harry connick jr ngan abang Jeffrey Dean Morgan lagi hot lah!
** end of plagiarising **
yah. i'm lazy like that. sukati gua je nak plagiat review filem orang lain. but knowing cik jiran sebelah, i know she wont mind. kan? kan? er..
~sigh...~ this film made me appreciate life even more. tsk.
Labels: azyzedotcom, gerard butler, hilary swank, jeffrey dean morgan, psiloveyou, subhikarimdotcom, yahudi mabuk
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home