terima kasih wahai sang puteri...
wow! saya tak jangkakan ini..wow! (still gather myself to actually believe this.. jap eh...)
komen ni adalah datangnya dari entry saya yang sebelumnya, pasal father's day tu, tapi komen yang ditulis takde kena mengena langsung dengan father's day. haha. okay, here goes:
Cakap salah tak cakap pun salah, kau ingat tak marketing conference 2006 kat PD. Masa tu kau di arahkan oleh Nik Su, Mek Na dll untuk ambil gambar sorang budak mktg dgn budak sales. Aku pun heran kau ikut aje arahan tu walaupun menganggu privacy orang. U pun ada cakap MYOB. Kita orang masa tu tak berani cakap apa apa, tapi kesian dia orang tu tak cukup ambil gambar kau sebarkan gambar tu satu office walaupun x ada apa pun. Ada satu gambar tu sorang tu tengah buka seluar sbb nak terjun laut dan bagi sorang tu simpan. Tapi kalau org x faham gambar tu boleh jadi fitnah. Bagi kita orang apa yang berlaku ni satu misibah atau balasan dari Allah swt. Kalau kau teliti semua yang buat conspiracy tu ada yang dah kena musibah atau balasan. Itu baru balasan di dunia belum lagi di akhirat, sebagai kawan pergilah minta maaf pada dua dua tu sebelum terlambat entahkan ada lagi musibah besar selepas ni. Selalunya Doktor tak akan beritahu betul betul. Sebenarnya ketumbuhan macam tu adalah sebahagian dari cancel. Cuba kau kira berapa orang dah kena musibah tu kat office, itu yang terang yang tak terang kita tak tahu. Kau marah betul kat Yahudi, tapi perangai kau orang pun macam Yahudi, berniat jahat untuk menjatuhkan seseorang dan ada baiknya kau nasihatkan sahabat yang lain tu supaya minta maaf. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Wassalam
salam puteri,
first and foremost, terima kasih sebab sudi melawat blog saya yang tak seberapa ni. dan melalui apa yang saya baca kat sini, anda telah membaca quite a number of my posts sebab ada beberapa perkara yang disentuh disini dan anda telah membuat rumusan darinya.
apa yang anda tulis mengenai mktg conference tu nampak sangatla yang anda ni mungkin merupakan sebahagian dari staff di tempat mana saya bekerja. if you're not from mktg dept itself, maybe you're from other department or mungkin juga ex-staff.. tah. i dont know. i dont have a clue. tapi takpe. tak kisahlah semua tu.
saya seorang hamba Allah yang kerdil. mungkin tak semua perlakuan saya orang suka. dan saya redha tentang semua tu. sebab orang yang tak mengenali saya, memang akan mempunyai pelbagai persepsi, whether negative or positive.
untuk itu, i dedicate this entry just for you. and to others yang mungkin tak menggemari cara saya atau cara penulisan saya. untuk pengetahuan semua, saya menulis kerana saya memang minat menulis. tapi bukan secara profesional, cuma secara suka-suka, my way of expressing my feelings and interpretation of life. apa yang saya tulis pasal yahudi ke, pasal orang lain ke, itu cuma luahan hati and tak semestinya sama dengan orang lain. if saya suka epal hijau la contohnya, tapi suami saya tak suka epal hijau, takkan saya nak paksa dia makan epal hijau tu? paling bagus saya boleh buat, hanyalah menyakat suami saya sebab tak makan epal hijau. tahap sakat tu tengok jugak, kalau orang tak kenal, memang orang akan anggap yang cara saya menyakat tu melampau.
dan baru saya perasan, saya tak pernah mention apa2 pon pasal marketing conference kat pd tu kat blog saya ni. memang tak penah, and anda tak perasan ke by commenting what you've just commented, secara tak langsung anda pon cuba menjatuhkan saya juga? pembaca saya yang lain tak pernah tau pon cerita-cerita sebegitu, tapi komen awak akan membuatkan orang tertanya2, "ish. teruknya budak ni, buat benda-benda camtu.." dah la tak secara detail tentang apa yang anda tulis tu, lepas tu anda cakap pulak pasal musibah yang menimpa saya semua tu.
untuk pengetahuan, setelah diamati archive gambar dari mek na, the only pic yang saya amik masa tu, saya tau gambar mana yang anda maksudkan tu. tapi, memang tak penah la saya sebarkan gambar tu satu ofis as what you've claimed. (gila nak mampus kena memo dengan director of IT?) belum penah lagi saya hantar email cc satu ofis. tapi apa yang awak maksudkan tu, maybe sebab saya burn gambar2 tu semua then i passed them to mek na, and satu department dah view the pics, so maybe that's what you meant la kot.
ye, memang tak salah nak bercakap. cuma yang tak seronoknya, bila anda bercakap cara macam ni. kalau ikhlas nak menegur, anda tau kat mana nak carik saya. dan saya tak pernah paksa anda menyukai saya waima membaca blog ini sekalipon. kat ofis ni pon memang ramai yang saling bermuka-muka dan saling mengutuk antara satu sama lain, antara tau tak tau je.
tapi kalau dah sampai tahap menuduh saya pon yahudi, itu agak melampau la kot. sebab saya rasa belum pernah lagi ada staff kat sini yang kena berhenti kerja disebabkan saya telah menyebarkan perkara yang bukan-bukan dengan niat nak jatuhkan orang lain. nope. tak pernah.
kalau ikutkan malas rasanya nak komen lebih lanjut pasal ni. sebab memang tak guna bercakap kat orang yang menyorok di sebalik identiti yang direka-reka.. takpelah. tapi ada satu benda yang saya agree dengan anda, Hanya Allah yang Maha Mengetahui. memang hanya Allah yang maha mengetahui apa yang tersirat dalam hati saya, sebab perkara baik buruk yang saya lakukan, tak perlu lah dipukul dicanang kepada orang. hanya Allah yang mengetahui segala-galanya.
terima kasih puteri sebab mengutarakan semua ini kepada saya. sebagai hamba Allah yang hina dina ni, memang ada perkara yang kadangkala terlepas pandang, terlepas tulis dan terlepas cakap. saya akan sentiasa mendoakan kesejahteraan semua, semoga Allah dapat membalas jasa anda yang menegur kekurangan insanNya ini. amin.
to my other readers, thanks for your support and insyaAllah i'll keep on writing selagi hayat dikandung badan (budi yang baik dikenang jua. eyh, diamlah kau suara hati!). perkara macam ni, insyaAllah akan menjadi peringatan buat saya dan semua yang lain dan akan saya jadikan motivasi untuk terus
*entry ni saya tak boleh letak gambar sebab takde gambar yang sesuai untuk direlatekan*
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home