kesian dia...
kesian dia.jangan la buat camtu kat dia.
cuba dengar and ikut apa dia mintak.
bukan susah pon. setakat benda kecik camtu, takkan tak boleh buat?
kesian dia.
masa kecik-kecik dulu, apa yang dimahukan, cepat je dia cari atau belikan.
nak makan, sekejap je hidangan tersedia depan mata.
nak mandi, kejap je dia bawak masuk bilik air, disabunkan badan dengan shower gel paling wangi sampai badan jadi bersih.
nak beli first jeans, esok dah dapat dah.
kesian dia.
masa masuk tahun kritikal yang ada peperiksaan besar, mesti tak lupa bagi duit untuk enroll ambil kelas tambahan atau tuition.
masa masuk universiti, tungkus lumus dia make sure duit dan barang keperluan lain dapat disediakan sebelum tiba masa nak berangkat.
tiap-tiap bulan mesti dia tak lupa hantarkan duit belanja, siap ingatkan adik-beradik yang lain supaya jangan lupa transfer duit kat maybank.
kesian dia.
bila dia mintak beli atau buat sesuatu, cepat-cepatlah buat atau belikan.
kalau rasa tak sempat atau apa hal sekalipun, cuba bagitahu dia elok-elok.
jangan terpekik-pekik atau tunjuk muka panjang sedepa.
kesian dia.
bila dah jumpa kesayangan hati, semua yang pernah dia curahkan terus je dilupa.
macam tak pernah wujud je dia di hati.
kesian dia.
kasihlah kepada dia, berilah perhatian yang lebih pada dia.
insyaAllah, Allah akan memberkati.
kesian dia.
kesian dia.
kesian dia...
3 Comments:
ni mesti sesapa dlm family ni.. hehehehe...
and apparantly noone from the family is answering... hmmm....
i wont ask lah, babe.
ya ya..
i am the bad daughter i am...
thanks for telling it all out to the world.
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home