roxychick's: to whine & be frank. almost.

Wednesday, August 25, 2010

meh berbuka! : part 3 :

hi all! so, amacam puasa? so far so good? as for me, alhamdulillah despite kejadian kidney belah kiri diserang infection due to urine infection last thursday. doctor gave me 2 days of mc and told me not to fast and drink lots of water, but i ignored them all, pergi jugak office and berpuasa seperti biasa. i kental biasalah. *jangan berlagak sangat*

ok.. ok.. mari kita ke lokasi berbuka puasa seterusnya...

restoran belanga, empire shopping gallery - the new and hip shopping mall in subang jaya which is located kat belakang subang parade... kesiannn kat subang parade. semenjak tempat ni dibuka, kelihatan lengang sahaja subang parade. takpe. subang parade masih ada nando's dan tgi friday's. tak macam empire, ada italiannies je, chili's je, rakuzen je, the loaf je, madam kwan's je... alah.. ada apa je kat situ... haha..

yesterday we decided to berbuka kat luar and since hubby taknak pegi shopping malls yang sesak yang boleh mencabar keimanan dia, so just singgah empire je.

food yang dorang jual kat belanga ni adalah kelantanese food like nasi kerabu, nasi dagang, nasi tumpang, laksam, anything east coast lah. i especially like the interior of this place, ada banyak lampu-lampu minyak tanah yang gantung-gantung tu, tapi minus the minyak tanah to light up the lampu, ni moden punya, pakai mentol je. pastu tempat ni pon cozy jugak cuma i don't really like some of the waiters/waitresses. ada yang tak reti cakap melayu nor english, so i'm not sure dorang ni rakyat negara mana.. eh ni nak cerita pasal makanan ke pasal kerakyatan?

ok. now. sila tengok gambar. idea untuk menulis pasal juadah di belanga sudah lari sebab tiba-tiba geram teringatkan waitress yang tak pandai cakap melayu tu.

restoran belanga @ the first floor, empire shopping gallery.

gambar ini dan seterusnya adalah berkisar tentang interior.


mistermama memalingkan muka kerana tidak mahu mukanya masuk ke dalam blog i yang tak glamour ini...



selingan jap, mineral water dan semangkuk buah-buahan potong ni sengaja diletakkan di atas setiap meja. ingatkan dia bagi free rupanya, once open, considered sold. tapi kena honest masa nak bayar nanti la sebab usually dorang akan tanya. kalau kau cakap tak ambil salah satu tapi sebenarnya kau ambil tapi tak nak bayar, tak baik berdosa. orang tu mungkin tak nampak, tapi Allah nampak.. aiyok tatayok..

ok. masih lagi gambar interior.




haaaa.. ni lah lampu-lampu olskool yang bergantungan kat situ...

cozy corner. kalau nak lepak-lepak santai sambil minum-minum petang, boleh la request nak duduk kat situ. tapi time nak makan besar, jangan mimpi. terbongkok-bongkok kau suap nasi kang.

ni nasi kerabu with grilled beef tenderloin atau cakap oghe kelate, daging bakar. sedap sangat sebab daging lembut, enak dan empuk! tapi gua tak puas la dengan kerabu yang diberikan. for rm13.90, portion dia ok. mistermama and i ordered this.

nasi goreng belacan, ordered by incek suami. dalam menu kata it comes with 2 pcs of chicken wings, tapi yang ada cuma chicken parts yang dipotong. lalu incek suami sangat hampa. tapi sebab rasa ok, dia lupakan perasaan hampa tu. rm12.90.

roti jala pembuka selera for incek hubby. rasa dia ok ok je, sedap lagi roti jala buatan mak kakak w. rm5.90.

sago gula melaka. sedap, lemak, pekat, likat! i suka.
rm2.90 per mangkuk.
we ordered 2 of 'em.

yang warna hijau tu avocado juice, rm7.90. mistermama yang order. belah kanan tu, hot barley rm2.90, i yang order. haruslah insaf minum air barli selepas peristiwa kidney berinfeksi. i mintak kurang manis, dia bagi tak manis langsung.. tawar je. sabar jelah... incek suami order carrot milk juice rm6.90. terlupa nak amik gambar sebab air dia datang lambat.

ni pulak lompat tikam, rm3.90. dalam santan banjir tu
ada seketul pulut sebenarnya. sedap jugak.


all in all, if korang nak pegi sini, jangan lupa try nasi kerabu daging bakar tu! memang sedap sebab daging lembut. apart from that, the nasi kerabu also comes with ayam percik and grilled mackerel. korang pilih je mana satu idaman kalbu. harga sama.

bulan puasa pon dah halfway ni kan.. cepat je masa berlalu. insyaAllah, this coming saturday, i'll be joining my friends from university for our annual reunion buka puasa. tempat tu kat shah alam. nantikan... till then...

sekian dari saya, melaporkan untuk roxytv. yeehaww!

Labels:

Thursday, August 19, 2010

meh berbuka! : part 2 :

ye. masih tiada entry dari warehouse sale hari sabtu lepas. hehe.

anyway, mari kita bicarakan mengenai topik di atas. this time around, i'm gonna bring you to my favourite place on earth, again, iaitu kokopelli travellers bistro.

just before ramadhan, the owners had told us that for the first time ever in their history, they will be closing the bistro for the whole month of ramadhan. instead, they'd only concentrate on their stalls at these bazaar ramadhan location; section 14, pj and jalan telawi bangsar with menus like grilled new zealand lamb *drooling*, char kuey teow, hokkien mee, seafood aglio olio *drooling* and seafood marinara at affordable prices.

jadi, telah disematkan dalam hati, walaupun lokasi-lokasi yang dinyatakan itu agak payah nak dijejaki, tetapi demi seafood aglio olio at affordable price at last, pada hari ke-8 berpuasa, seperti orang mengantuk disorongkan bantal (kebetulan setiausaha jabatan nak pegi collect makanan untuk delegasi mesyuarat kat ofis ni), gua ikut dorang atas alasan nak tolong angkatkan nasi ayam yang berbungkus-bungkus tu (btw fyi mmg gua tlg k - ni apehal type short forms ni??).

biasala bila jadi camni, haruslah sambil menyelam minum air sirap limau selasih.. (aiseh.. peribahasa je tu.. agak-agak la sket!) dan menangguk di air keruh (mari belajar peribahasa hari ni, so redha kan jela yeh...) maka ketika setiausaha jabatan pergi collect nasik, hati i berdebar-debar nak reunite dengan seafood aglio olio dan grilled new zealand lamb at affordable price... (sebenarnya lebih berdebar-debar kalau-kalau terserempak dengan orang ofis yang lain.. muahaha!)

dari kejauhan ternampak abang kiambang *LOL* sedang bersiap-siap untuk menggoreng order.. yepppa!

you won't missed it! kokopelli's stall kat tengah-tengah simpang bercabang tu once you enter the bazaar stretch bermula dari depan dekat dengan jalan utama tu lah..

tuu dia.. sempoi je dia. the owner, ariff awaluddin, struting his stuff cewah.

maka bermulalah aksi menggoreng char kuey teow famous beliau!

sebutharga makanan. haa.. korang perasan tak grilled nz lamb takde dalam senarai tu?? sebabnya demand tak berapa nak bagus. i reckon orang pj tekak melayu maka dorang hentikan penjualan selepas week one jual kambing kat pj sebab takde sambutan. tapi kat bazaar kat bangsar je masih ada. *hampa merana*
eleh kerek betul. nak cakap orang bangsar tu ramai expats ke hape makan western sebab tu dikekalkan kat sana je ceh! saje type kecik-kecik sebab statement ni berunsur fitnah... denial pon ye sebab tak dapat terima hakikat.. hahahahaa! jangan marah abang kiambang <---lawak dalaman


sebab dah hampa tak dapat nak merasa grilled nz lamb @rm15 je, maka i order seafood aglio olio sampai 2+1 (satu untuk colleague gua daaa..) @rm8 per pack.

saja amik gambar kuey teow ni lagi. tunggu jugak kalau ada orang order hokkien mee tapi sampai ke sudah takde...

ha. tengok tu tengok tu! kuey teow, hokkien mee, olio and marinara yang siap masak, dorang pack kan cantik-cantik dalam box ala-ala chinese takeouts yang selalu kita tonton kat cite omputeh yang suka sangat call mr. wong's kitchen untuk order chinese food delivered to their home. tapi takdela dorang pack semua sekaligus dalam satu kotak ye.. haha.. saja nak explain. maklumla, bulan puasa ni otak tak berapa nak digest info dengan baik bila tengok gambar makanan...

seafood aglio olio yang hampir siap...

you won't missed this signboard!

si gadis pemasak pasta. serious je dia masak.
fokus dik fokus!


suka sangat enter frame abang ni.. hahahaa

and the lady in that polka dots shirt tu is awal's wife, soraya.
tekun betul dia bungkus makanan...


kokopelli rocks! er.. tu typo error ke hape.. tah.. heh. ini kak w punya okeh els..
oodles noodles, best in the world!

and these are mine!!! siap bagi garpu plastik.

and ni le ghopenya bila bukak kat rumah. time ni dah berbuka ye, jangan tuduh yang bukan-bukan haiipp!

sekimpulannya... *eh apa hal eja kesimpulan sekimpulan pulak nih.. bersimpul-simpul dah ayat ni hahaha...*

kesimpulannya, walaupun cita-cita nak reunite dengan cik lamb tak sampai, tapi seafood aglio olio yang i bawak balik semalam tu dah cukup mengubat hati! dah la rm8 (harga biasa di bistro adalah rm20.90) portion yang diberi pon kurang sikit je from the normal ones kat bistro.. ala, kalau makan kat bistro tu portion punya besar, berzaman jugak nak habiskan! rasa wise, masih sama, takde kurang takde lebih! superb woh!

ni yang normal portion kat bistro.

best! best! best! lepas ni mesti mesti mesti jejak kasih grilled nz lamb kat stall kokopelli bazaar ramadhan jalan telawi bangsar huh!

sekian dari saya, melaporkan untuk roxytv. yeehaww!

Labels: ,

Wednesday, August 18, 2010

happy ❤❤❤ birthday zaes!

happy 3rd birthday sayang!
semoga membesar sebagai anak yang soleh
dan taat kepada agama. naughty sikit takpe.
mommey ❤s you so very much!

terima kasih Allah di atas kurniaanMu yang tidak ternilai ini.

p/s: yes, i know i owe you the entry from that warehouse sale. sebab bulan puasa, cabaran lebih banyak, jadi kita tangguhkan jap yeh. i lef yu! lol

Labels:

Friday, August 13, 2010

*makeup junkie mode: ON!* : part 4 :

esok.
nantikan update dari i.

hahahahaa.. poyo!

p/s: oh, i have extra tickets to be given away. drop me a comment if you're interested. thanks!


Labels: ,

Tuesday, August 10, 2010

meh berbuka! : part 1 :

eh, jangan terkejut pulak dengan tajuk kat atas. ini memang betul-betul kejadian, bukan main-main.

walaupun esok je baru start sesi berpuasa wajib di bulan ramadhan tapi i telah diberikan peluang eksklusif berbuka puasa di salah sebuah hotel di lembah klang. sebuah sesi yang dipanggil, pre-ramadhan buffet kat cinnamon coffee house kat one world hotel bersama rakan sekerja lain, courtesy of cik puan setiausaha di jabatan.

kira macam, "eh, meh la try masakan kitorang dulu sebelom orang lain try" macam guinea pig pulak i rasa... eksklusif konon.. haha..

and so yesterday, we headed to bandar utama at around 6.45pm. keluar dari office building je, traffic jam masyaAllah! nasib baik belum start bulan puasa lagi, kalau tak mesti dah mati kebulur dalam kereta sebab we only reached there an hour later. ceh. traffic jam pon ada pre-ramadhan test run jugak kah? baiklah labuuuu...

sampai sana, we were greeted by the assistant sales manager and she immediately brought us to the coffee house.

after a lil chit chat, she ordered juices for us just before she left. lalu bermulalah sesi melantak "berbuka puasa" di cinnamon coffee house. sila harap maklum, memandangkan i pakai kamera fon sahaja, maka gambar-gambar yang disajikan pon haruslah tahap lite-lite je. jadi, terima sahaja apa yang ada.

gambar yang korang nampak ni pon semuanya gambar makanan yang sempat singgah di meja sebelum masuk dalam mulut. sebab busy sangat makan and rambang mata melihat buffet line yang terhidang, yang datang dari pelbagai kontinen serta seluruh pelusuk dunia, maka pegang 2, 3 buah pinggan lagi best dari sibuk pegang kamera fon nak amik gambar di buffet line.

*walaupon sebenarnya tak perlu teruja/jakun sangat takut tak cukup makanan ke hape sebab bukannya ramai sangat orang pon masa tu..*

the interior of cinnamon coffee house, one world hotel, bandar utama poskod taknak tulis sekali ke? !@#$%^&* kaca-kaca tu ada yang dah pecah woh! imagine tengah asyik menikmati juadah sedap, tiba-tiba darah meleleh keluar dari mulut sebab terkunyah kaca tipis...

mereka yang terlibat dalam persidangan... cik puan setiausaha dan cik puan rockapakberdarah! yeahh!! yeahhh!!

kaca lagi. sebenarnya nak buat bahan bukti kalau apa-apa terjadi kat i...

pesanan dari kak w: jangan marah els...
eh, tiba-tiba. hhehehe..

oh.. sebab terlampau asyik menikmati juadah pre-ramadhan buffet ni, lupa pulak nak bagitau, harga untuk ramadhan buffet kat cinnamon, one world hotel ni adalah rm98++ per adult and rm49++ per child aged 4-12.

baru pre-ramadhan buffet, tapi deco hari raya dah meletop-letop sana sini. ni gambar kat dessert line...

pembuka selera cewah! padahal rakan sekerja yang punya pinggan.
pinggan kiri, dari negara jepun, mangkuk sup ketam dari negara india.

pinggan yang sorang lagi, ni negara campur-campur.

yang sorang ni pulak, selera pantai timur ek ah ek ah! nasi kerabu sket, dengan sweet sour fish tu.. eh. apsal pinggan dia ni malu-malu je makanan sikit?

ni i yang punya! selera western la konon. lamb cutlet yang succulent, rosemary potato, shitake mushroom yang creamy and soft roll yang wajib ada!

apa barang pegi buffet makan makanan tempatan? sementara makan free, makan saja juadah barat yang jarang-jarang kita nikmati... fettucini olio, roast lamb aka kambing golek and that blardy shitake mushroom. again! sedap sangat woh.

burrpppp.. alhamdulillah. walaupon i jakun makan free, tapi tetap sopan dan tak buruk lantak. sebagai bukti, i makan hanya dua pusingan sahaja. dan makanan tidak ditimbunkan macam orang tak makan setahun... haha..

lepas tu terus carik buah-buahan (dan roti?) sebagai pencuci mulut. ely, sorryla.. aku telah termakan bahan yang dikeluarkan dari perut engkau tempoh hari... LOL! (oh, i definitely owe my readers that story of cik jiran sebelah... KIV okeh!)

dann.. dessert paling best alam semesta! serious tak tipu best gila benda hapekenama dia ni tah... kat atas tu macam jelly perisa raspberry yang rich, second layer ada macam soft cake ke hape tah with some cream ke hape tah. therefore, i bagi nama dessert hapekenamadianitah...

ekceli lepas tu i ada makan 2 scoops of choc ice-cream with chocolate dip yang dicedok dari chocolate fountain tapi lupa nak hambik gambar pulak. dah kenyang kan... and i washed em all down with an orange juice (to my dismay, it wasn't freshly-squeezed... maybe orange juice peket kot) and warm water.

fyi, cinnamon coffee house menyajikan pelbagai jenis hidangan citarasa 1malaysia (as per written on the banner) dari seluruh pelosok dunia. among the dishes yang i sempat rakam di kotak memori cewah! adalah hainanese chicken rice, prawn mee, sushi, teppanyaki, tempura, rojak mama, tau foo fa, abc, pelbagai jenis cookies & fruits, ada jugak chinese cuisine, lemang, ketupat, gulai kawah, juadah tempatan seperti nasi kerabu, gulai lemak, tandoori chicken, italian food etc etc.. isk. kalau nak terjemahkan satu-satu dari kotak memori, esok pon belom tentu boleh habis i tulis ni...

pendek kata, if korang ada duit lebih dalam bulan ramadhan nanti epp.. mesti ada lebih sebab skip lunch for 2 weeks, sekali lunch kuar rm10. dah 2 minggu bersamaan 14 hari, so ada rm140 kat situ. itu baru lunch, time breakfast selalu belanja berapa di hari tak puasa tak masuk lagi tu.. haa.. so, boleh la korang merancang untuk berbuka kat sana kan. kalau nak belanja orang lain, maka lepas ramadhan pon korang kena la sambung puasa sebab duit time tu dah kira in advance, so duit nak lunch nanti dah takde.. okeh okeh.. i get it!

*bising la kau! orang belanja kau boleh la kau cakap banyak ceh!*

so, pegi la sana yeh. memang sedap-sedap belaka semuanya.

dengan itu, secara rasminya i akan berusaha membuat review tempat berbuka puasa sejurus selepas kejadian. itu pon kalau la i ada pergi berbuka puasa kat mana-mana for the next 1 month ni lah ye.

sekian dari saya, melaporkan untuk roxytv. yeehaww!

salam ramadhan al mubaraq everyone!


Labels: