roxychick's: to whine & be frank. almost.

Wednesday, October 27, 2010

M·A·C Halloween Face-Off, first ever reality inspired competition!

The trick: pitted against each other are a trio of M·A·C Artists, Jenn Karsten, Fatima Thomas and Joey Camasta. Each improvising a transformation on a contestant in under three hours using nothing but their makeup kits, creativity and a mischievous mix of hair-raising hardware, wacky wigs and other perilous props. And of course, no competition would be complete without some dramatic twists to heighten the Halloween Hijinks!
*source: click here!*





truly inspiring and superbly done!

gorgeous! gorgeous! gorgeous!

if you wanna participate, please click here and vote for your favourite look! i've voted and all i can say that i just love all three looks!!! fatima, jenn & joey are such great makeup gurus! will i ever get the chance to do this...? :p

*nota kaki: i'm not a fan of halloween tho since it's not my way of life. so, please, don't get me wrong tiba-tiba cakap gua agung-agungkan sangat budaya halloween ni ke hape. i posted this entry simply because i love makeup! hell yeah, it's all about makeup, makeup, makeup! peace and out!*


Labels: , ,

Monday, October 25, 2010

you are, after all, not the centre of attention of all cakes...

this...

the infamous red velvet cake from whisk.
priced at rm11.90 per slice.

... is a slice of artificial-colour-rich cake tasted like a normal (not so) moist cake with a twist of orangey-after-taste to it. oh! topped with the not-so-creamy cream cheese.

sorry gals! i'm not being the odd one here but even my cousin pon agree that it didn't taste as good as the reviews that other people have been raved so much about! the moment kitorang rasa cake tu, takdelah pulak muka sedih bertukar ceria. malah bertambah sedih.. hehe..

but, again, ini pendapat individu i saja. we have different taste kan, so, maybe i tak suka ni, tapi ada lagi 50 ribu orang kat luar sana yang suka sampai termimpi-mimpi, minum tak lena, mandi tak kenyang, makan tak basah.. heh.

so, jangan terpengaruh dengan apa yang i tulis.
moral of the story: tak kenal maka tak cinta. kalau dah kenal, masih tak cinta-cinta jugak, maknanya lu pikir la sendiri... haha.. takdelah. kalau nak tau best ke tidak, sila pergi beli dan rasa sendiri. masa tu barulah moment of truth.

ok. babai kek baldu merah. up next: kek sutera sifon. *haha.. ada kah?*

Labels:

Wednesday, October 20, 2010

twentyten2010.

this lil man here turns one month old on this very day. so, his aunt yang takde apa nak buat, telah buat ni kat dia...

si dagu berlapis sedang exercise atas beach ball berbunga-bunga sambil tido.

dari gambar pertama - muka dah mengantuk habis - sampai gambar ketiga, dengan selamba je dia tido. takde perasaan langsung. mungkin malas nak layan aunt dia yang sewel ini.

i love you lil ian boy!


Tuesday, October 19, 2010

❤ mola mola mola ❤

masih lagi mengenai makeup. vanity mode on.
*banyak la lu punya vanity mode..*

by the way pembaca yang budiman, just to let you know that i've officially launched my makeup service as we're speaking. yes, i'm offering you bride-to-bes my makeup service professionally.

i'm still undecided (on the name and what not) about setting up my own weblog, so incek b dengan rela hati telah meletakkan satu link di website dia which is this one here. yes, i am mola.

*kalau boleh taknak campur roxychick's dengan my makeup service.. heh lupa daratan ke hape?*

please head over to mola to see my portfolio. oh, jika anda bukan bakal pengantin sekalipun, but need makeup service for your annual dinner ke, for that special anniversary dinner ke, reunion ke, nak suruh mekap untuk pre-wedding portraiture ke, anything yang got to do with makeup, i'm here at your service! hehe..

my tool box. i shall reveal what's inside this pink box soon.
*yes. yes. i know i promise you bout this ages ago.. sabar ye.. heh.*


*for the time being, i only offer makeup service. i don't have accessories such as veils, tiaras, baju pengantin etc etc BUT should you still need my help to look for you those things, i can give you contacts to them bridal boutiques. ok? :) *

for more inquiry, please email me:
mua.mola@gmail.com


Labels: , ,

Monday, October 18, 2010

mau beli kah? *2010*

ok. ini entry pasal penjualan lebihan pembelian di jualan gudang estee lauder companies tempoh hari. ayat skema sebab nak jual barang, so mode kena serious *gelimatttt...*

walaupun peristiwa jualan gudang estee lauder companies berlaku pada bulan ogos, tetapi disebabkan sibuk dengan kerja sebenar, maka kerja sambilan harus ditolak ketepi *boss mesti bangga heh*

okay cosmetic lovers, these are the items yang i nak let go!
*sebab nak jual barang, haruslah bersifat feminin... ~ kita bersama mengejar mimpi... ~ suara kena kepit sket*


m.a.c spring color forecast collection ombre blush in vintage grape: rm80
*original price rm100++* (i googled the 2nd pic for better view of the colour)


m.a.c spring color forecast collection ombre blush in azalea blossom: RM80
*original price rm100++*
(i googled the 2nd pic for better view of the colour)
reserved for my loyal customer

m.a.c eyeshadow palette: rm80
*original price rm100++ camtu*

m.a.c eyeshadow pot in memorabilia: rm30 each - 1 pot available
*original price rm57*
1 pot reserved for my loyal customer

these items are all NEW. reason for selling, as i mentioned earlier, lebihan pembelian dari sale hari tu. and ada jugak yang duplications.. ada warna yang i dah ada, kenapa nak tamak kan? sharing is caring maa...

please leave your email at the comment box if you're serious about purchasing these items. and sebab i tak berani nak post these items takut hilang ke tercicir ke or abang yang keja kat pos malaysia tu dah berkenan terus amik bagi kat gf dia ke, i ok je nak deliver within klang valley area. if korang nak amik kat ofis i, lagi la bagus. silap-silap i bagi hadiah misteri pulak kang. ngeh ngeh ngeh..

ok? again, please leave your email at the comment box and i shall instruct you on what to do next.

please note, harga yang dipublish adalah muktamad. tapi kalau beli lebih dari 1 item, baru boleh consider nak bagi diskaun.

kamon kamon...


Labels: , , ,

Friday, October 15, 2010

bumper issue post syawal part 2.

sampai rumah, gua membebel-bebel. masa tu muka rasa merah dan panas. baru nak rasa marah rupanya. memang marah.

bills the bilis pon try baju dia. mistermama tengok dengan penuh dendam dan benci. ok. i'm exaggerating. muka dia sayu je.

bila bills the bilis keluar peragakan baju tu, mistermama tunjuk muka kesal. dia cakap elok je kain tu bila jadi baju, tambah pulak dengan jahitan kakak tu. kemas dan tak terjongket-jongket katanya. kesian pulak gua tengok mistermama masa tu. air mata gua pon dah bergenang-genang dah.

b turun dari atas. dah la masa tu dia tak cukup tido akibat menyiapkan album customers, dapat pulak berita tragis macam ni. huh. mau tak tragis!

b: my friend cakap baju kat pkns banyak. tak guna nak marah-marah and sedih pon. jom kita pegi beli je lah..

gua: beli lagi?? dah la kain tu mahal, tak jadi pulak baju. sekarang nak beli pulak? taknaklah.. takde duit. takde duit...

b: takpe la b, beli jelah. habis tu you nak pakai apa?

bills the bilis menyampuk:
takpelah.. awak pakai la baju ni. billa kan ada baju lagi satu yg turquoise tu.. billa pakai la yang tu..

gua: takmo. takmo!

memang emo sungguh gua masa tu. b pon naik atas balik. minutes later dia turun balik.

b: eh, ada my friend ni parents dia tukang jahit. i dah tanya, dia kata boleh buatkan..

gua: yelah tu. nak siapkan satu hari.. esok nak raya tau tak! boleh sangat la...

b: isk. betul. dia kata ok. jom la pegi sekarang. dia kata if nak kena datang sekarang...

(conversation ni telah dipendekkan. macam gua cakap la.. dah basi pon cerita ni, tu yang malas nak pikir tu)

sinar harapan kembali muncul. dengan pantas gua bersiap. kitorang pon keluar dari rumah minutes later. tinggal rumah togel tak berlangsir.

dah sampai kat selayang, we were greeted by the makcik and pakcik. makcik tu tengah prepare rendang and ketupat. according to her son, parents dia dah siapkan tempahan baju-baju raya 4 days before eve of raya tu. at first, i can't help to rasa cuak.. mana la tau kan.. berharap berharap, nanti satu apa pon takde. tapi gua cuba berfikiran positif la kan..

makcik tu terus je tinggalkan bahan-bahan masak dia lalu mengambil buku and measure tape. terus je dia ukur badan gua and mistermama. gua pon redha je makcik tu nak buat apa dengan kain tu. nak demand lebih-lebih kang ada yang kena pelangkung dengan periuk kang kan... tapi gua cakap jugak la yang gua nak kurung moden, tapi taknak ketat sangat. heh. cakap pon takut-takut je, tapi makcik tu punya la cool je muka dia.

masa tu pakcik tu tanya, kenapa buat lasmenet. gua pon terus cerita apa yang terjadi pastu pakcik tu macam heran je bila part jarum patah tu. masa tu dia belek kain tu and said, "kalau jahit batu je, barulah jarum patah..." need i say more?

lepas ukur, makcik tu amik kain and potong depan kitorang. selamba je dia potong. takde tersekat-sekat ke or gunting dia terus tumpul ke. takde ye. lepas potong, dia bagi kain tu kat husband dia, then pakcik tu pegi kat mesin jahit tepi dan jahit tepi kain-kain tu.. meh sini tengok gambar pakcik and makcik amazing ni... sempat gua suruh bills the bilis snapped their pics...

sempoi ke tak sempoi pakcik and makcik ni? i lef yu lah!

tengah dok potong-potong kain tu, pakcik tu suruh datang balik malam. yelah kan.. orang dah nak tolong tu kira cukup baik dah tu, takkan nak pressure dia siapkan dalam masa 2 jam pulak? haha..

sementara tu, kitorang pon pegi la jalan-jalan kat sunway pyramid, beli apa-apa yang belum beli lagi seperti kasut/baju/jeans untuk zaes, kasut gua and baju untuk b. lepas berbuka kat johnny's kitorang hantar mistermama balik pastu kitorang pegi selayang balik to get our baju.

to cut this long story short, walaupon baju gua makcik tu buat memang tak ketat (read: longgar sungguh for a kurung moden) tapi gua tetap bersyukur sangat-sangat sebab ada jugak baju berwarna sedondon di pagi syawal. gua bercadang nak pegi hantar alter ah lepas ni... and gua rasa mungkin gua nak hantar kain-kain lain buat baju kat makcik ni... tengok ah camne...

oh, by the way, normally dorang charge serendah rm40 untuk sepasang baju kurung. memang murah kan! so, on that day, sebab urgent case, dorang charge rm60 per pair. gua ok je nak bayar sebanyak tu sebab terlampau bersyukur makcik/pakcik tu sanggup nak tolong kan... in fact, gua siap bayar lebih lagi, selit kat dalam sampul raya. tapi tak yah la bagitau berapa. kang orang cakap gua berlagak pulak.. hehehe..

macam tu la cerita tragedi yang berlaku kat gua. memang rare sungguh kejadian ni. ini la 1st time benda-benda camni jadi kat gua. namun, gua bersyukur sebab ada jugak insan yang sudi membantu di saat-saat akhir.. alhamdulillah. (fuhh.. ayat tak bleh blah! lol!)

meanwhile, enjoy these pics from eid 2010. ni random je, tak tengok lagi gambar-gambar lain... :p
inilah kain kontroversi itu. jangan main-main,
jarum pon patah woo! muahahahaa..

sila perhatikan zaes.
dengan kitorang, taknak senyum, pakai pacifier lagi tu...


... tapi, dengan uncle jai and auntie miyashakira dia, sengih sampai kemik-kemik muka! bias sungguh anak gua ni...

zaes with uncle sheik, bonda and his cousin sisters. saat-saat akhir zaes untuk bermanja-manja dengan bonda sebelum another hero was born.. heh.

alamak. vain sungguh budak-budak ni.
zaes, kenapa posing camtu? ceh.

ok sayang-sayang semua. till later! :p


Labels: ,

Tuesday, October 05, 2010

bumper issue post syawal part 1.

ok. let's see apa yang gua hutang kat korang...
tragedi malam raya and estee lauder sales yang dah agak basi (yang ni boleh tak gua tunjuk gambar lebihan untuk dagangan je?)

tragedi malam raya tu bukan apa, baju kurung gua tak dapat disiapkan oleh kakak tailor yang gua baru nak berjinak-jinak with je. heh. best kan? *macam cool je gua menuturkan ayat-ayat tadi..*

paling best, gua dah hantar baju tu early july sebab masa tanya kat dia, dia kata ok. takde masalah. so, masa gua hantar kain tu, berkali-kali gua cakap kat akak tu, if cannot take it's ok, i'll look for another one. walaupon masa tu dia dok belek-belek kain gua tu sambil mengomel kain tu agak tebal and kejung, tapi dia masih kata ok, boleh buat. fyi, kain tu embroidered cotton je. takdelah tebal and kejung mana pon tapi gua tanya dia lagi sekali kalau-kalau dia ubah fikiran lasmenet, tapi dengan coolnya dia cakap ok. boleh. so, gua pon dengan senang hati bagi kain tu untuk buat baju kurung moden untuk gua, mistermama and bills the bilis. lepas je hantar kain tu, terus lega yang tak dapat dibayangkan sebab gua ni ada tendency to hold on to something yang dah lama beli especially kain buat custom-made baju kurung, pastu mulalah menggelabah nak carik tailor nak buat baju bila nak dekat-dekat raya. itu habit yang tak dapat gua kikis sebab masa kecik-kecik pakai baju recycle tiap tahun selagi boleh fit. itupon baju kurung ready-made beli kat batu road or hankyu jaya. pergghh.. old skool tak?

itu cerita bulan julai. err.. i mean the hantar kain part, not the old skool part. heh.

sampai la bulan puasa nak dekat habis, gua masih tak dapat-dapat phone call dari kakak tu. kawan ofis gua cakap, takpe, tunggu dia call je, and mesti dia akan siapkan. kawan gua cakap berdasarkan pengalaman dia sendiri since dia regular customer akak tu so gua ok je, takde hal sebab rumah akak tu memang dekat dengan rumah gua. nak-nak pulak tahun ni gua raya sini dulu, agak-agak akak tu siapkan malam raya, gua takde hal nak pegi amik la kan.

so, 5 days before hari raya, i made a phone call to that kakak since she didn't reply my sms the day before. she told me over the phone that she's in a midst of buat orang lain punya since gua tak balik kampung and tinggal dekat dengan rumah dia. she reassured that mine will be ready by tuesday, 2 days before 1 syawal. so, bila dia dah cakap camtu, gua ok je la (again!) but i dare not to tell mistermama bout it sebab nanti dia kancheong!

bila ari selasa menjelma, sampai ke malam gua tak dapat any phone call or sms from her. masa tu dah cuak dah, siap takde mood segala, tapi gua buat tak tau je. hari rabu pon sama, so i decided to sms her. dia tak reply. gua pon pujuk hati, mintak sabar sampai hari khamis.

so, that beautiful eve of raya, gua bangun pagi dengan perasaan nak kemas rumah, nak buat apa yang patutla kan. tengah sakan turunkan langsir sebab nak pasang langsir last year yang masih cantik menarik ko memang tebabo tu, phone gua berbunyi. it was the tailor! perasaan campur seronok and cuak. dan lepas apa yang akak tu cakap dalam phone, perasaan seronok dah terpelanting jauh jauh. yang tinggal cuma perasaan cuak yang membuak-buak campur marah campur nak nangis!

gua: hah akak! macamana... (tak sempat habis ayat gua ni..)

akak: kain apa yang awak bagi kat akak ni?? akak buat baju adik awak ni dari malam tadi sampai subuh ni baru siap tau! jahit sikit jarum patah, jahit tepi tak boleh!! akak rasa ni kain cadar la!! (tone suara: tinggi)

gua: kain cadar? uih.. takkan la budak kat jakel tu nak jual kain cadar buat baju kat saya? takkan la saya gila nak pakai kain cadar? (tone suara: cool and calm)

akak: ah.. akak rasa ni kain cadar! dorang tu bukan pedulik tau nak jual je. apa-apa pon, awak nak marah, marahlah, tapi akak takleh buat baju awak dengan baju mak awak. betul akak cakap! akak dah give up ni! tension tau tak! tension!!

gua: eh, kenapa akak cakap camtu? masa hantar dulu akak sendiri yang tengok kain tu. banyak kali saya tanya kat akak, boleh ke tak, boleh ke tak. tapi akak cakap ok, so saya assume akak ok je lah. sekarang akak cakap camni lak. camne ni? esok dah la nak raya.

akak: entah. akak tak tau la. awak ambik balik kain ni..

gua: eh, camne saya nak amik balik? bukan hari tu akak cakap akak dah potong ke kain tu?

akak: tak. akak belum potong lagi. awak amik la balik kain ni. awak nak cakap apa, awak cakaplah. akak tak boleh buat.

gua: ermm.. oklah. nanti saya call akak balik.

gua dah confuse masa tu. siapa yang patut marah siapa ni?

*conversation di atas adalah lebih kurang apa yang diperkatakan. sebab benda dah lama berlaku and it started to become fungus dalam otak gua ni, so, gua takleh nak ingat if ada lagi ayat-ayat tak boleh blah dari akak ni*

lepas letak phone, gua start to menangis. mistermama dah bebel-belel dah sebab dia sendiri tak paham, hantar kain dah lama, tapi boleh pulak akak tu call a day before raya cakap camtu. gua pon call kawan ofis gua nak mengadu. tapi, gua setakat boleh mengadu jelah kan? b pon dah bising-bising sebab 2 days before that kitorang pegi collect baju melayu dia and zaes. tiba-tiba baju gua tak menjadi kenyataan.

so, gua pon hantar sms kat akak tu, cakap nak datang amik kain. bills the bilis pon ikut sekali and bebel jugak walaupon baju dia dah siap.

sampai kat rumah akak tu, gua bagi salam pastu dia datang bukak gate. muka dia macam muka tembok. takde perasaan.

gua: camne boleh jadi camni? kan akak dah tengok kain tu awal-awal. akak jangan ingat saya tak tau, akak buat baju orang yang hantar kemudian dari saya kan... (masih maintain cool)

akak: sebab kain dorang tu senang nak buat! (suara dia masa ni sangat annoying siot!)

gua: eh, tak boleh la camtu. akak patut ikut turn. katalah akak start buat baju saya dulu, pastu akak rasa akak takleh buat and masa tu seminggu sebelum raya akak cakap tak boleh, saya ok je. ini esok nak raya ni!

muka akak tu masih macam sardin. kitorang pon masuk dalam rumah dia. bills the bilis checked out her baju. sambil pegang-pegang selamba je bills the bilis cakap, "ini bukan kain cadar ni kak. ini kain mahal tau tak?"

akak: ye.. akak tau la kain mahal. tapi keras, bila jahit jarum sume patah sebab kain tu tebal.

gua: ish.. saya tak tau nak cakap camne la kak. baju anak and husband saya sume dah siap. tapi baju saya tak siap.. camne?

akak: baju dorang tu pakai kain ni jugak ke?

gua: ish.. agak-agak la sket kak. ni kan kain pompuan. mestila kain lain, tapi warna sama laa.. dahla tadi masa akak call akak marah-marah saya..

akak: eh, mana akak ada marah? akak tension tau tak?

gua: kalau saya boleh record phone call akak tadi, saya bagi akak dengar balik...

akak: OK! OK! SALAH! SALAH! SALAH!!!

erk.. masa ni gua and bills the bilis were shocked! tiba-tiba je dia terjerit-jerit macam orang meroyan. memang darah gua dah boiling to the max tapi gua relax je.

gua: hmm.. takpelah kak. mentang-mentang saya baru first time hantar kat akak... saya sedih lah akak buat saya camni.

akak tu buat muka bodoh je. tak cakap sorry sikit pon. then gua mintak duit dari bills the bilis. gua bayar duit baju yang dah siap tu and without saying thanks (neither did she!), gua keluar dari rumah dia. dia escort sampai gate sebab nak lock gate dia kan. sambil-sambil tu gua and bills the bilis membebel-bebel...

bills: patut toksah bayar! kurang ajar betol la...

gua: ah.. takpe. bayar je. jarum dia patah kan. biarla orang nak buat kita. tapi kita jangan buat kat orang.


gua masuk je kereta, gua dah mula rasa frust and demotivated.

to be continued...

Labels:

Friday, October 01, 2010

adaaaaaaaaa...

ada. ada. ada. ada. ada.

ergggghhhh! i hate it when i don't have the time to update!

bear with me will ya?